HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK
Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙 Masih lagi di mood raya walaupun 2 minggu lebih sudah kita menyambutnya. Kebiasaaannya pada minggu ke-2 dan seterusnya kita dipenuhi dengan acara MARHABAN RAYA dan HARI RAYA OPEN HOUSE. Di kawasan kampung dan daerah kecil, kebanyakkan penduduknya masih mengamalkan Marhaban Raya. Di kawasan perumahan kak yun pun masih mengamalkannya setiap tahun bertujuan untuk berkenalan setiap keluarga dan mengeratkan silaturahim sesama penduduk di sini. Iyalah ketika hari raya je rumah rumah-rumah terbuka untuk dikunjungi dan waktu ini sahaja kita dapat mengenali dengan lebih dekat jiran-jiran yang jauh sedikit dari rumah kita. Pengalaman kak yun ketika kecil, paling suka dengan acara marhaban raya ni sebab dapat kumpul banyak duit raya hehe. Sehari dapat menziarahi lebih 4 buah rumah pun dah rasa seronoknya. Jumpa pelbagai jenis hidangan dan biskut raya. Setiap rumah tersedia pelbagai jenis juadah mengikut citarasa tuan rumah. Za...