VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN
Kalau zaman dahulu, orang perempuan ni lebih sinonim dengan jamu atau herba seperti kacip fatimah dan sebagainya. Mak kak yun keturunan jawa, jadi dia lebih arif tentang jamu lagi-lagi selepas bersalin ketika berpantang. Mak kak yun kata dikampunnya, wanita yang baru bersalin tidak boleh buat kerja langsung hanya duduk di bilik sahaja. Anaknya pun dimandikan oleh ibu mereka atau saudara-mara perempuan. Semua disediakan bagi mengurangkan si ibu yang baru sahaja bersalin keletihan dan stress. Jamu bagi wanita yang sedang berpantang memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun kita sudah kearah zaman moden, tapi masih ada wanita yang mengamalkan jamu. Malah pelbagai jenis jamu yang telah dimodenkan dan rasa yang lebih enak bagi menarik para wanita untuk mengamalkannnya. Bagi mak kak yun, dia mengamalkan jamu sehingga anak kedua sahaja. Selepas dia menemukan 'jamu moden' (supplement Shaklee) pada tahun 1994, dia memilih untuk mengamalkan jamu moden ini berbanding jamu tra...