BISNESS ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA
Sejak kos kehidupan meningkat kebelakangan ni, ramai yang mengambil langkah membuat pendapatan sampingan selain kerja hakiki. Mana taknya dengan kos makanan yang semakin meningkat hampir setiap bulan sejak tahun 2021. Yang sudah bekeluarga pula, terbeban dengan kos membesarkan anak-anak termasuk susu, pakaian, dan macam-macam lagi. Ini tidak termasuk lagi kos menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau tadika dan kos pengangkutan. Bagaimana pula yang masih ada ibu bapa yang perlu ditanggung di kampung. Gaji pula tidak seberapa, perlu mencari pendapatan sampingan atau side income untuk mencukupi mana yang kurang.
Apa yang kak yun perasan, dah ada pelbagai jenis bisness online yang terdapat di Malaysia. Antaranya bisness yang agak trend tahun 2023 adalah set penjagaan kulit muka (skincare), fesyen (pakaian & tudung), alat solek (makeup), & makanan tambahan untuk kesihatan (supplement). Macam kak yun buat bisness Shaklee secara online. Apa yang menarik hati kak yun untuk menceburi bisness ni?
PELUANG BISNESS ONLINE TERBAIK DAN PALING MUDAH
1. Tidak perlu modal atau modal yang rendah
Antara sebab kak yun pilih bisness Shaklee ialah tak perlu keluarkan modal yang banyak sehingga membebankan diri sendiri seperti sesetengah founder yang akan memaksa agent-agent dibawahnya untuk mengeluarkan modal mengikut sistem agent yang telah ditetapkannya. Tapi bisness Shaklee cukup sekadar menjadi ahli dibawahnya dengan perlu membayar yuran RM35 (untuk seumur hidup) atau membuat pembelian minimum RM350 ke atas untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA. Sesuai sangat untuk para suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan yang tak perlu keluarkan modal untuk pegang stok.
Modal yang diperlukan lagi hanya lah Usaha, Internet dan juga telefon bimbit yang boleh akses kepada whatsApp, Facebook, Instagram, Google, dll. Mudah sangat dimana kita memang ada semua ni walaupun ketika sebelum kita mulakan bisness pun.
2. Tak perlu pegang stok
Sangat mudah kan bisness Shaklee ni. Tak perlu pening-pening untuk pegang stok dan cari modal untuk beli stok yang banyak. Kak yun tak pernah pegang stok produk pada tahun pertama kak yun buat bisness Shaklee. Seperti bisness online yang lain yang pernah kak yun ceburi. Tahun kedua baru kak yun mula buat stok disebabkan permintaan yang banyak. Itupun kak yun guna modal dari keuntungan atau dari bonus yang Shaklee beri pada kak yun dan bukan dari duit simpanan sendiri.
Bulan April 2023 ni ada promosi Set Rahmah Shaklee iaitu set paling famous iaitu dua produk yang dikenali sebagai VITAMIN KULIT CANTIK. Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan promosi ini boleh klik di sini [VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH]
Tapi bisness Shaklee ni sangat mudah sebab semua diuruskan oleh HQ dan website. Kita hanya perlu collect order dan semua urusan diuruskan oleh pihak Shaklee. Jadi tak perlu peningkan kepala untuk fikirkan cara nak postage dan sebagainya. Sangat mudah semua di hujung jari je. Untuk yang sejenis Introvert macam kak yun sangat lah sesuai hehe....
3. Risiko bisness yang rendah
Untuk pertama kali yang ingin menceburi bisness online perlu bijak dalam memilih jenis produk yang perlu dijual dan juga kestabilan syarikat itu sendiri. Jangan sampai kita dah melabur wang ringgit yang banyak dan tiba-tiba syarikat itu bankrup atau hilang dari radar. Habis modal yang telah dilaburkan. Sebab tu perlu membuat pilihan yang betul dan bijak supaya tidak mengalami kerugian yang melampau. Kak yun pilih bisness Shaklee sebab syarikatnya dah stabil dan juga sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 30 tahun. Pastinya ramai yang sudah mengenali dan sudah consume nya.
4. Support Group
Once you join Shaklee, you akan ada team. Bila ada team, automatik akan ada support group. Support group ni sangat penting dalam bisness online ya sebab bila kita down atau ada masalah kita perlukan seseorang untuk kita kongsikan masalah tu atau kita perlukan seseorang untuk selesaikan masalah kita.
Seperti team kak yun, kami ada beberapa whatsApp group yang berlainan untuk info produk, coaching dan lain-lain. Disamping itu, team kak yun juga ada group Telegram, Facebook dan juga Youtube untuk berkongsi maklumat mengenai produk, testimoni, dan coaching untuk naikkan semangat dalam bisness Shaklee.
Setiap minggu team leader akan buat coaching bersama ahli-ahli dibawah group kami untuk menaikkan semangat dalam bisness. Kami sangat pentingkan circle yang positif dan sangat support each other.
5. Sistem Shaklee yang mudah
Selain itu, antara perkara yang paling kak yun suka ialah sistem Shaklee yang sangat mudah. Mudah macam mana tu?
Shaklee menyediakan platform website yang mesra pengguna. Untuk yang tak berapa pandai IT macam kak yun ni pun boleh sangat untuk meneroka website dia yang sangat mudah. Dari awal kak yun join keahlian shaklee sebelum mulakan bisness lagi, semua order kak yun buat sendiri tanpa perlu diajar oleh leader kak yun. Maksudnya, sangat mudahlah untuk kita buat order di platform yang telah disediakan.
Artikel dan maklumat pun dah disediakan oleh pihak Shaklee. Tak perlu susah-susah untuk kita memerah otak untuk mengkaji setiap kandungan produk-produk Shaklee. Pihak Shaklee juga mengadakan kelas nutrisi oleh pakar-pakar nutrisi mereka yang terlatih secara online dan juga offline bagi memberikan maklumat tentang setiap produk shaklee. Di dalam kelas nutrisi ini, ahli-ahli shaklee boleh bertanya soalan yang mereka ingin tahu berkenaan produk secara langsung dengan pakar nutrisi Shaklee. Bukan senang tau nak dapat peluang seperti ini dengan syarikat bisness online yang lain. Yang penting semua maklumat tu disediakan secara PERCUMA. Semuanya sangat flexible dengan bisness online Shaklee.
Sekirannya berminat untuk melihat website shaklee boleh KLIK DI SINI
6. Produk yang berkualiti tinggi
Kak yun asalnya ada seorang pengguna tegar Shaklee hampir 30 tahun consume Shaklee. Bak kata orang Shaklee, "kita ni darah hijau dah hehe". Kak yun suka dengan kualiti yang ada pada produk Shaklee yang membuatkan kak yun jatuh cinta padanya. Kenapa? Sebab kualiti nya yang sangat susah nak jumpa pada produk lain. Setelah hampir 20 tahun lebih, kak yun baru mula untuk membuat bisness secara online untuk berkongsi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana akan kebaikan dan kelebihan produk-produk shaklee. Melalui bisness Shaklee, kak yun dapat Keuntungan wang ringgit hasil penjualan produk shaklee dan dalam masa yang sama kak yun juga dapat kesihatan. Jangan jual sesuatu produk yang kita tak yakin akan keberkesanannya. Sebagai contoh bisness yang kak yun pilih ni ada produk yang melibatkan kesihatan. Jadi, kak yun akak pastikan setiap produk yang dikeluarkan shaklee mendapat kelulusan KKM dan juga HALAL.
Kita sebelum nak jual produk orang kene teliti dan selidik dahulu. Tak boleh pentingkan diri sendiri dengan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa fikir apa kesan produk kepada pengguna. Kita nak bisness online yang kita buat ni bertahan dalam jangka masa yang lama sehingga boleh diwarisi oleh waris kita.
Selain itu, banyak juga produk Shaklee yang telah dipatenkan. Ini bermaksud, produk itu tidak boleh ditiruvasi kandungannya oleh mana-mana produk lain di dunia. Shaklee juga merupakan antara SUPPLEMENT TERBAIK di dunia. NASA pernah meminta Shaklee untuk membuatkan Vitamin khas untuk angkasawan mereka. Bukan Shaklee yang sponsor tapi mereka sendiri yang minta.
Vitamin Khas yang Shaklee buatkan untuk angkasawan mereka dipanggil sebagai 'ASTRO-ADE'. Wow sangat hebat kan. Prestasi shaklee tak perlu dikatakan lagi memang terbaik!
Pada tahun 2022, Shaklee telah mendapat Anugerah dari READER'S DIGEST TRUSTED BRAND AWARD. Menang Gold Award pula tu. Jadi produk Shaklee memang tidak diragui lagi.
Pelakon terkenal, Amyra Rosli juga antara pengguna produk Shaklee. Beliau juga hadir ketika majlis Anugerah Award oleh Reader's Digest. Malah beliau juga merasa bangga produk shaklee memenangi GOLD AWARD kerana beliau antara pengguna tegar Shaklee. Malah ramai juga rakan selebriti beliau juga pengguna Shaklee.
Di sini kita boleh lihat yang nama Shaklee sudah cukup dikenali oleh rakyat Malaysia dan sangat boleh dipercayai kerana keberkesanannya serta kualiti produk yang telah dihasilkan sejak lebih 100 tahun dipasaran dunia. Bukan setakat di Malaysia sahaja ya tapi PASARAN DUNIA.
7. Sistem agent yang adil
Bisness Shaklee juga dikategorikan sebagai Multilevel Marketing (MLM). Tapi shaklee menggunakan konsep paling adil yang kak yun pernah jumpa. Shaklee tidak fokus pada sistem piramid seperti kebanyakkan syarikat guna dimana agent yang paling tinggi kedudukannya boleh mengaut keuntungan lebih berganda-ganda melalui agent-agent di bawahnya.
Marketing plan yang shaklee gunakan ialah setiap ahli Shaklee mempunyai peluang yang sama tanpa mengira status level mereka. Konsep yang digunakan ialah jika anda mahu lebih income anda perlu kerja lebih. Ada je upline/leader yang mendapat income lebih rendah daripada dowline/agent dibawah mereka. Semua bergantung pada usaha masing-masing. Jadi, dalam bisness Shaklee tiada amalan penindasan agent yang berada di level bawahan.
8. Unlimited income
Bisness Shaklee tidak meletakkan had limit pendapatan kepada ahlinya. Maksudnya kalau nak perolehi pendapatan lebih dari 5 atau 6 angka pun boleh.
Melalui bisness Shaklee, company akan berikan 3 C kepada semua ahlinya yang berjaya unlock target yang telah ditetapkan. 3C ni ialah Cash Bonus, Car Bonus dan Coventional Trip.
i. Cash Bonus
Cash bonus ni semua ahli shaklee layak mendapatkannya termasuklah ahli shaklee yang tidak buat bisness shaklee dimana mereka hanya beli produk shaklee untuk kegunaan sendiri sekiranya layak. Bermula dari 2 angka sehingga boleh mencecah 6 angka sebulan. Yang paling kak yun suka bonus ni unlimited. Hebatkan.
ii. Car Bonus
Bila kita dengar perkataan 'car bonus' ni mesti akan ingat company bagi kita hadiah sebiji kereta kan. Tidak bagi Shaklee, dimana setiap distributor nya yang layak menerima car bonus mereka akan mendapat dalam bentuk wang ringgit tunai. Shaklee memberi peluang kepada distributor mereka untuk memilih sendiri kereta idaman yang mereka impikan. Bukan itu sahaja, shaklee tidak menetapkan syarat kepada distributor mereka untuk menggunakan duit daripada car bonus untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan termasuk rumah idaman mereka atau menyimpannya.
Terinspirasi sungguh apabila melihat wanita dan juga suri rumah dapat membeli kereta mewah idaman dengan duit sendiri hasil bisness online Shaklee.
Ada sesetengah syarikat mereka tidak memberi peluang kepada ahlinya untuk memilih kereta yang mereka impikan dan ada juga yang menetapkan syarat duit yang mereka berikan tidak boleh digunakan untuk membeli selain kereta. Bestnya shaklee ni!
iii. Convention Trip
Bukan itu sahaja, shaklee juga akan menaja percutian mewah 7 bintang kepada ahlinya yang layak. Ada 2 trip setiap tahun iaitu di dalam Regional (biasanya negara Asia) & International.
Melalui bisness online shaklee, korang berpeluang untuk mendapatkan reward percutian mewah dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja, korang akan dapat beg bagasi (luggage) percuma, duit belanja, dan macam-macam lagi korang tak akan jangka apa yang akan pihak shaklee suprises kan korang sepanjang trip tu. Seronoknya.
Gambar di bawah ni antara upline atau leader kak yun yang berjaya unlock trip international Shaklee untuk circle 2022-2023 ke Switzerland.
Bestkan sampai airport je terus dapat duit belanja dari pihak Shaklee. Pasangan korang pun akan dapat apa korang dapat juga. Seperti Master Maria, suaminya juga turut mendapat duit belanja dan layanan yang sama seperti ahli shaklee yang lain.
Gambar di atas ketika Master Maria dan suami di puncak Gunung Jungfrau. Semua ditaja fully 100% oleh Shaklee. Seronoknya! Doakan kak yun juga ya dapat unlock kedua-dua trip ni untuk next circle. InshaAllah
9. Bisness Gaya Introvert
Master-master atau leader shaklee kebanyakkan dari mereka ada seorang yang Introvert. Susah untuk bergaul dengan orang yang baru dikenali. Berat nak buka mulut dan sangat pemalu. Kak yun pun seorang yang sangat Introvert tapi berminat untuk buat bisness online untuk menjana pendapatan sendiri. Anda nak buat bisness tapi peraturan syarikat dan majikan yang terlalu ketat. Malu untuk tonjolkan diri di khalayak ramai. Bisness Online Shaklee adalah Jawapannya.
Leader kami tak memperkenalkan modul BISNESS GAYA INTROVERT pada tahun 2023 untuk membantu ahli dalam team kami yang Introvert seperti kak yun. Modul ini memang dicipta oleh Master 2 beradik yang terdiri oleh 4 orang Master hebat yang telah membina Empire mereka lebih dari 8 tahun dengan BISNESS ONLINE SHAKLEE. Modul ini dcipta untuk mengatasi masalah yang sering orang yang ada masalah Introvert. Bagaimana nak promote yang kita buat bisness online shaklee tanpa perlu orang tahu kita buat bisness? Melalui module ni ada jawapannya.
Berminat untuk buat bisness online gaya introvert boleh tekan link disini [PREVIEW]
10. Bisness Gaya Dropship tapi Income seperti Master Leader
Bisness online shaklee sangat flexible. Boleh buat marketing di rumah je. Tidak perlu ada kelengkapan office yang lengkap pun boleh buat. Ketika memasak pun boleh buat. Yang paling best ketika balik kampung atau pergi bercuti bersama keluarga pun boleh buat bisness online Shaklee ni. Korang bayangkan ketika pergi bercuti tak perlu untuk angkut sekali stok tu dalam kereta atau beg travel, semua diurusankan oleh pihak Shaklee hanya kumpulkan order customer seperti yang selalu dropship buat dan hantar ke pihak shaklee. Urusan packaging dan postage semua diuruskan pihak shaklee. Untung runcit dan cash bonus kita yang dapat. Bestkan! Sangat sesuai dengan jiwa kak yun ni yang jadual masa kadang-kadang tak menentu dan tiada modal yang banyak untuk dilabur.
Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Semoga bermanfaat
_____________________________________________
Perlukan bantuan/pertanyaan?
Hubungi Kak Yun (013-2179242)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam
References:
Comments
Post a Comment