PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI
Biasanya kalau berkaitan pain relief kita akan cari ubat yang mengandungi steriod untuk mengurangkan rasa sakit. Tapi jika penggunaan untuk jangka masa panjang akan memberi kesan yang tidak baik pada badan kita. Ini termasuklah sakit buah pinggang dan lain-lain.
Kak yun ada atuk sedara yang terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi yang agak teruk. Dua penyakit ni boleh dikatakan sebagai penyakit keturunan dalam keluarga mereka dan hampir kesemua anak-anak dia ada dua penyakit ni ketika usia bawah 50 tahun. Dipendekkan cerita disebabkan terlalu bergantung pada ubat-ubatan yang banyak kerana penyakit atuk ni dah di tahap kronik, dia diuji dengan penyakit buah pinggang yang teruk dimana sejurus mengetahui penyakit barunya dia terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya dia terpaksa ditebuk di tangan dan leher untuk membuat tapak dialisis.
Disini kak yun bukan nak mengatakan penggunaan ubat-ubatan itu tidak baik tapi pastikan dos yang diambil mengikut nasihat doktor. Dan bagi yang hanya ada sakit-sakit ringan seperti sakit pinggang, migrain dan lain-lain cuba untuk kurangkan pengambilan ubat-ubatan tahan sakit yang mengandungi steroid dan lain-lain yang boleh memberi kesan pada kesihatan pada masa akan datang. Cuba cari alternatif lain yang boleh mengurangkan rasa sakit tersebut.
Kebiasaanya yang kerap mengambil ubat tahan sakit atau pain relief medicine ni adalah golongan yang kerja kuat dan yang berusia. Antaranya ialah
➡️ Pekerja binaan atau jentera berat
Kesakitan otot yang berkaitan dengan kerja berat boleh menyebabkan keletihan, kekejangan kaki dan sakit belakang. Tekanan yanv berlebihan berlaku diletakkan pada sendu atau otot, selalunya disebabkan oleh tugasan berulang, duduk terlalu lama yang berpanjangan, postur yang salah, membongkok dan mengangkat objek berat. Ia menyebabkan ketegangan otot dan sakit badan. Ia boleh mempengaruhi prestasi dan produktiv anda. Dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada kesakitan kronik yang serius.
➡️ Atlet sukan
Pergerakan yang berlebihan, berulang atau hentakan boleh menyebabkan kesakitan pada sendi dan otot. Peminat sukan, terutamanya mereka yang mempunyai jadual latihan yang padat dan berat lebih mudah terdedah kepada "haus dan lusuh" otot. Kadang-kala, aktiviti berat boleh menyebabkan ketegangan otot, yang membawa kepada kesakitan. Ia boleh mempengaruhi prestasi sukan dan perlu mengambil cuti daripada latihan untuk berehat mengurangkan rasa sakit.
➡️ Golongan bekerja yang selalu stress ditempat kerja
Keletihan otot yang berterusan boleh membawa kepada masalah sendi yang lebih serius serta sakit belakang. Perkara ini selalunya disebabkan oleh tugasa berulang, duduk terlampau lama, postur yang salah, membongkok dan mengangkat objek berat. Ia menyebabkan ketegangan otot dan sakit badan. Boleh mempengaruhi prestasi dan produktiviti anda. Dalam jangkan masa panjang akan datang boleh membawa kepada kesakitan kronik yang serius seperti slip disc dan lain-lain.
➡️ Orang dewasa yang berusia 40 tahun ke atas
Apabila usia semakin meningkat, otot dan sendi dalam tubuh badan kita menjadi lebih tegang dan kurang fleksibel. Proses 'wear dan tear' membawa kepada keradangan dan kerosakan sendi anda, menyebabkan sakit di bahagian lutut, pinggul, bahu dan sendi di bahagian tengah jari. Ini akan menganggu aktiviti harian anda dan kemungkinan besar, anda tidak dapat melakukan perkara kesukaan anda.
➡️ Suri rumah yang sibuk
Lebih daripada satu pertiga wanita yang menderita sakit belakang walaupun 1 tahun selepas melahirkan. Ibu-ibu baru sering mengalami sakit sendi akibat mendukung bayi. Tambahan lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis, mencuci dan kekurangan rehat. Lama kelamaan, pergerakan ini boleh menyebabkan ketegangan pada otot hingga berlaku ketidakselesaan dan kesakitan. Boleh menyebabkan tekanan emosi. Tidak boleh menjadi diri anda yang terbaik atau ibu terbaik yang sebenarnya anda boleh disebabkan tekanan emosi dan terlampau letih.
Ada ke pain relief yang mengandungi bahan-bahan semulajadi?
Yes ada iaitu PAIN RELIEF SHAKLEE. Ia membantu melegakan kesakitan secara semulajadi. Bahan utamanya ialah Ekstrak Boswellia dan Safflower yang merupakan agent anti-keradangan semulajadi yang membantu melegakan kesakitan tanpa memberi tekanan kepada perut.
Kelebihan Pain Relief Caplet Shaklee ialah:
✅ Sumber semulajadi
✅ Tanpa perisa tiruan
✅ Tanpa pewarna tiruan
✅ Tanpa pemanis tiruan
✅ Tanpa pengawet
✅ Tanpa gluten tambahan
✅ Lulus KKM
Manfaat Pain Relief Caplet Shaklee:
1. Melegakan kesakitan dan tidakkeselesaan sendi. Meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dengan merencatkan laluan penyebab penyakit.
2. Melindungi tulang rawan dari kemusnahan dengan mengurangkan keradangan.
3. Memulihkan tisu-tisu sendi dengan meningkatkan perederan darah ke bahagia
sendi untuk menyokong proses pemulihan.
4. Melegakan kesakitan otot atau cramp.
5. Melegakan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan yang berlebihan.
PERBEZAAN PAIN RELIEF SHAKLEE DENGAN PRODUK LAIN DI PASARAN
Pain Relief Caplet Shaklee adalah campuran sinergi yang dipatentkan daripada estrak Boswella dan Safflower yang membantu melegakan kesakitan. Ia lembut pada perut kerana tidak mengandungi aspirin. Telah terbukti dalam kajian saintifik untuk menghalang kesakitan secara semulajadi.
Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Harap dapat membantu dan memberi manfaat kepada yang sudi membaca entri kak yun.
_____________________________________________
Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182
Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE
Boleh baca disini: Doa-doa yang bagus untuk wanita
Boleh baca disini: Vitamin yang bagus untuk ibu berpantang dan menyusukan
Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)
Untuk order shaklee boleh klik link di bawah ini👇
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam
References:
Comments
Post a Comment