TESTIMONI SAYA BERSAMA SET MENYUSU SHAKLEE
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana sudi mengujung blog kak yun. Entri kali ini kak yun nak shared tentang TESTIMONI SHAKLEE kak yun sendiri selama mengamalkan Set Menyusu Shaklee.
Pengalaman kak yun selama 4 tahun sebagai bf mommy, sejujurnya sangat meletihkan berbanding ketika mengandung. Tapi alhamdulillah kak yun berjaya menyusukan kedua-dua anak selama 2 tahun masing-masing. Mereka berdua berhenti sepenuhnya menyusu badan apabila mencapai usia 2 tahun lebih dan bertukar kepada susu formula sendirinya tanpa kak yun paksa. Bang long (gelaran untuk anak pertama) terpaksa berhenti menyusu badan pada usia 2 tahun disebabkan kak yun bersalin ketika itu. Jadi nak tak nak memang dia terpaksa akur. Kalau tidak, mungkin umur 3 tahun baru dia berhenti menyusu badan.
Manakala si adik (gelaran untuk anak kedua), dia berhenti sendiri tanpa kak yun paksa secara perlahan-lahan. Maksudnya kekerapan dia menyusu setiap hari berkurang sebelum dia berhenti dan bertukar kepada susu formula. Jadi kiranya 4 tahun lah journey kak yun menyusukan anak pertama dan kedua. Bagi kak yun menyusukan anak lelaki lebih penat berbanding anak perempuan. Seperti bang long, dia menyusu sepenuhnya sehingga setahun lebih dan reject food. Ya dia taknak makan dan hanya minum susu badan sehingga usia setahun lebih.
Tapi Alhamdulillah walaupun hanya susu badan tapi berat bang long maintain naik setiap bulan. Mungkin ini effect kak yun amalkan Set Menyusu Shaklee.
Effect kak yun sentiasa amalkan Set Menyusu Shaklee, gambar di atas ni ketika bang long berusia 10 bulan dan berat dia mencecah hampir 14 kg. Sehingga nurse di KK (Klinik Kesihatan) tanya kak yun apa yang bang long makan setiap hari dan kak yun beritahu yang dia hanya minum susu badan sahaja. Sebab ketika ini, berat bang long sudah mencecah level obesiti (berat badan berlebihan). Bila berat dah level obesiti, korang bayangkan lah bagaimana kekerapan dan tempoh masa dia menyusu setiap hari. Minimum dia menyusu setiap kali adalah lebih kurang 20 hingga 30 minit. Dan dia menyusu setiap sejam setengah atau 2 jam sekali. Memang sakit badan dan pinggang. Tapi nasib baik kak yun sentiasa amalkan Ostenutrix Shaklee setiap hari untuk kurangkan sakit dan lenguh-lenguh badan.
Sebab itu pentingnya bagi ibu menyusukan anak menjaga kesihatan. Kalau ibunya sakit boleh jadi huru hara dalam rumah hehe. Bukan apa bila ibu sakit dari segi fizikal dan juga mental, susu badan akan drop. Bila susu badan drop, anak akan jadi tidak puas menyusu dan mula meragam. Tau lah apa yang akan jadi bila anak mula meragam, semua jadi serba tidak kena.
Ostenutrix ni bagus tau untuk yang ada masalah sakit kaki atau lenguh-lenguh badan serta yang ada masalah sembelit. Memang sangat membantu. Lagi-lagi yang baru je bersalin tu sebab baby sangat sensitif dengan pemakanan ibunya.
Antara produk-produk shaklee yang kak yun dah amalkan selama 4 tahun lebih adalah:
1. Esp
2. Ostenutrix (nama baru untuk Ostematrix)
3. B-Complex
4. Alfafa
5. Vitamin C
6. Omega Guard
7. Vita-Lize (nama baru Vita-Lea Iron Plus)
Produk-produk untuk Set Menyusu ni sangat membantu kak yun. Bagi yang tengah atau pernah menyusukan anak, korang pun tau kan yang kita ni akan mudah letih, lenguh badan, dan cepat rasa lapar.
Kak yun ada satu pengalaman yang memang sangat mencabar iaitu mengandung dalam masa yang sama menyusukan anak iaitu bang long yang sangat high demand. Pada tahun itu, kak yun boleh berpuasa penuh dengan bantuan Set Menyusu ini. Dua kali kak yun mengandung kak yun boleh berpuasa penuh dan kak yun boleh buat kerja-kerja rumah serta tak mudah rasa letih. Cuma letih melayan karenah bang long yang ketika itu sedang dalam fasa aktif.
SET MENYUSU SHAKLEE
1. ESP
➡️Membantu memperbanyakkan susu ibu dan juga memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang.
➡️Memberikan protein yang sihat kepada ibu susu.
➡️Kulit anak dan ibu jadi cantik dan glowing
Apa beza protein Shaklee dengan brand lain ialah diperbuat daripada NON GMO kacang soya. Tinggi dengan kalsium dan membekalkan 9 jenis asid amino.
2. Ostenutrix
Ostenutrix ni sangat membantu dalam:
➡️Bantu atasi sakit dan lenguh badan, kejanh otot dan sakit belakang.
➡️Bantu denyutan nadi dan jantung yanh sihat.
➡️Bantu tidur lena
➡️Bantu kurangkan sengugut
➡️Bantu sokong sendi dan saraf
➡️Bantu atasi sembelit, galakkan pergerakan usus, baik untuk GERD & Gastrik
➡️Bantu kuatkan tulang & gigi, perlu untuk semua wanita, wanita hamil dan Menopaus.
3. B-Complex
Biasa kita dengar vitamin b dan folic asid ni bagus untuk yang merancang hamil atau tengah hamil je kan. Tapi sebenarnya wanita menyusukan juga.
4. Alfafa
Alfafa ni ibarat jamu tapi versi moden. Sangat bagus untuk memperbanyakkan susu. Allfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi, kita perlu yakin dan kenal pasti proses penanaman serta proses penghasilan alfalfa itu sendiri bagaimana.
Shaklee menanam sendiri pokok alfalfa, menjalankan proses sendri dan menjaga kualiti alfalfa untuk diproses menjadi tablet. Shaklee hanya menggunakan daun alfalfa yang dikeringkan dengan udara secara semulajadi.
Jika anda ada mengamalkan apa-apa ubatan daripada doktor, kerana di khuatiri ubatan doktor yang anda makan itu akan kurang kesannya. Jadi, saranan terbaik adalah, anda perlu dapatkan pandangan serta nasihat doktor jika anda ingin mengambil alfalfa sebagai supplement harian anda.
5. Vitamin C
Alhamdulillah setelah amalkan vitamin C Shaklee sejak dari kehamilan sehingga lah menyusukan anak. Kak yun jarang sakit. Ketika dalam berpantang, luka jahitan pun cepat sembuh. Bukan itu sahaja, kulit kak yun dan anak pun jadi makin cantik. Ni yang best bila tengah mengandung sampailah menyusukan anak amalkan vitamin C bersama Esp Shaklee memang kulit anak jadi putih, gebu dan cantik. Cuma putih tu taklah seputih macam mat salleh kecuali kalau ada genetik hehe.
6. Omega guard
Peranan OmegaGuard Shaklee yang membakar lemak yang tidak diperlukan di dalam badan, turut menyumbang kepada penurunan berat badan. Hasilnya, walaupun makan nasi 3x sehari, kak yun berjaya dapat kembali berat badan asal sebelum mengandung dalam masa sebulan berpantang! Omega guard ni bagus tau untuk turunkan paras kolestrol jahat (LDL).
Ibu yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh menyalurkan khasiat minyak ikan kepada bayinya. Insya Allah, bayi turut mendapat khasiat DHA & EPA daripada minyak ikan Shaklee ini.
7. Vita-Lize /Vitalea Iron Plus
Salah satu penyebab utama susu merudum adalah kerana badan kita kekurangan nutrisi. Katakan kita tidak sempat mengambil makanan sepanjang hari, tentu kita akan berasa penat dan lapar kan?
Begitulah halnya dengan badan kita. Apabila badan kekurangan nutrisi, segala organ dan sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lemah atau lemau gitu, maka production susu pun menurun. Sebab itulah VitaLea ni diperkenalkan di dalam Set Penyusuan Shaklee.
VitaLea ni merupakan nama lain bagi multivitamin dan memgandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Untuk penngetahuan juga, VitaLea pun famous sebagai ENERGY BOOSTER dengan pengambilan sebanyak 2 biji sehari. Kalau makan sebiji tapi tak jalan, bukan salah mak tau…hehehe
Semoga entri kak yun kali ini dapat hadiah istimewa tajaan anakkuwira.com
Sebelum itu, bagi yang belum mendaftar ahli Shaklee boleh klik link ini 👉 RENEWAL SHAKLEE MEMBERSHIP untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan mendaftar sebagai keahlian Shaklee.
Atau boleh klik link ini untuk mendaftar di Website Shaklee
Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada anda.
Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam
References:
Comments
Post a Comment