CARA MUDAH RENEWAL MEMBERSHIP SHAKLEE


Cara nak RENEWAL SHAKLEE MEMBERSHIP dengan mudah.

Kak yun akan shared beberapa cara bagaimana nak renewal keahlian dengan mudah hanya dihujung jari je. Tahun ni pihak Shaklee telah upgrade website kearah lebih mesra pengguna. Siap ada live ChatBot Shaklee tau. Yang jenis introvert dan sangat pemalu macam kak yun, live chat ni sangat-sangat membantu untuk sebarang pertanyaan dan curiosity kak yun.

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

CARA MUDAH RENEW SHAKLEE MEMBERSHIP 

1. Bayar Yuran renewal membership RM35
2. Pembelian mana-mana produk shaklee (tiada had minima pembelian). Jadi auto renew. 


DIMANA BOLEH RENEWAL SHAKLEE MEMBERSHIP

👉Login ke Website Shaklee menggunakan ID anda.
👉Atau boleh minta upline/leader korang buatkan.
👉 Kalau rumah berdekatan dengan branch Shaklee boleh Walk-in je ke branch.
ADA 3 JENIS RENEWAL SHAKLEE MEMBERSHIP

PERTAMA: RENEW AHLI YANG MASIH AKTIF

Setiap ahli harus renew keahlian setiap tahun. Untuk kekal aktif dengan syarat membuat pembelian mana-mana produk shaklee (tiada had minima pembelian) sepanjang tahun tersebut. Kalau kak yun nak ingat bila tarikh nak renew just ingat tarikh birthday kita macam renew lesen memandu hehe. 

Cara nak renew seperti yang telah kak yun explain dekat atas tadi. Terpulang korang nak follow cara yang mana. 

KEDUA: RENEW AHLI SHAKLEE YANG TELAH LUPUT DARI TEMPOH LEBIH SETAHUN DARI TARIKH AKHIR MEMBELI

Sekiranya tarikh akhir korang membuat pembelian dah lebih setahun. Ehh tau-tau je dah expired. So nak buat macam mana? 

Rileks jangan panik. Walaupun nama korang telah dipadamkan dari senarai ahli oleh pihak Shaklee, korang boleh je untuk register balik. Korang ada beberapa pilihan:

👉 Pergi ke mana-mana branch Shaklee dan register keahlian di situ. 

👉Hubungi semula upline atau leader yang mendaftarkan korang sebelum ni. Kalau mereka dah tak buat bisness Shaklee boleh hubungi kak yun untuk daftar.

👉 Atau register ke Website Shaklee dan daftar sendiri lebih mudah. Terpulang sama ada nak bayar yuran RM35 atau membuat pembelian minima 150UV/RM350 ke atas untuk dapatkan keahlian PERCUMA 

Kenapa perlu renew keahlian Shaklee setiap tahun?

Kak yun rasa bukan company Shaklee sahaja yang ada tamat tempoh bagi keahlian, company untuk brand lain juga sama yang korang kene renew setiap tahun. Yang membezakannya adalah cara nak renew keahlian je. Ada yang sudah menetapkan yang korang tetap kene bayar amount yuran setiap tahun macam mula-mula korang register walaupun pembelian setiap bulan mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit. 

Berbeza dengan Shaklee, walaupun setiap ahli kena renew setiap bulan tapi kalau korang beli walau hanya 1 botol vitamin C setahun yang berharga RM92 (harga ahli) atau 1 tube herbal blend yang berharga RM34 (harga ahli) akan auto renew membership korang. Best kan jadi ahli Shaklee ni, membership dapat free je dengan pembelian mana-mana produknya dan paling best kualiti produk yang sangat dipercayai berada di pasaran lebih dari 100 tahun di dunia. 

Kak yun pun dah lama tak ingat bila last date kak yun renew membership Shaklee ni sebab sentiasa membeli setiap bulan hehe 

Kebanyakkan customer kak yun dan pengguna Shaklee yang mungkin pernah tinggalkan Shaklee untuk seketika atas beberapa faktor akan tetap pulang mencari produk Shaklee semula dan renew keahlian mereka kembali disebabkan keberkesanan produk Shaklee yang mereka pernah consume dan testimoni dari diri mereka sendiri. 

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee:

1. Cash Rebate (jika layak dan penuhi syarat)
Setiap pembelian produk ada points (UV) yang boleh ditukarkan kepada cash bonus atau rebate. Cash rebate ni bermula dari 2 angka dan boleh mencecah sehingga 6 angka sebulan.

2. Dapat membeli dengan harga yang lebih murah (harga ahli) dan menikmati harga promosi yang setiap bulan berbanding retails.
Penjimatan 15% hingga 20% dari harga runcit.

3. Menikmati Insentif Shaklee
Ini termasuk Insentif Trip dan Car Bonus. 

4. Sistem online yang boleh diakses 24 jam.
Website shaklee yang mesra pengguna. Korang juga boleh membuat pembelian untuk customers tanpa perlu pegang stok. Mendaftar ahli baru dan check points UV sendiri serta ahli dibawah korang hanya di website tanpa perlu ke branch. Semua di hujung jari.

5. Free consultation dan berpeluang untuk sertai kelas nutrisi dengan pakar nutrisi Shaklee. 
Pelbagai manfaat menjadi ahli Shaklee walaupun hanya untuk makan sendiri. Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada anda.

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI