CARA NAK DAPATKAN BONUS EXTRA DENGAN INSENTIF SHAKLEE
Bagi yang belum pernah kenal dengan Shaklee dan hairan kenapa pengguna-pengguna Shaklee sangat setia dengan brand ini.
Shaklee merupakan syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat dan sudah ditubuhkan lebih 108 tahun. Pada awal tahun 90an hingga 2010, ramai yang tidak berapa gemar akan brand Shaklee bukan disebabkan kualiti produknya tapi disebabkan salah faham tentang sistem MLM.
Ini kerana ketika itu banyak bisnes MLM yang lain mengharapkan sales semata dari orang bawahan manakala orang atasan hanya menikmati hasilnya. Mereka menindas ahli-ahli dibawahnya dan memaksa orang bawahan ini untuk membeli stok mereka dalam kuantiti yang banyak sehingga kehabisan modal. Ada yang mengalami kerugian yang banyak disebabkan stok yang diambil melebihi kemampuan sehingga stok-stok itu ada yang dah melebihi tarikh tamat tempoh. Tapi ramai yang tersedar Shaklee bukan sebegitu dimana kami tidak memaksa setiap ahli untuk menyimpan stok. Zaman sekarang ramai yang telah mempunyai kesedaran akan kepentingan mengambil Supplement. Di Malaysia, Shaklee sudah masuk lebih 28 tahun. Cuba korang bayangkan satu organisasi yang boleh bertahan begitu lama.
Kak yun sudah mengamalkan shaklee sejak kecil pada tahun 90an sehingga sekarang. Atuk kak yun yang sudah berumur hampir 90 tahun pun masih mengamalkan produk Shaklee. Yang membuatkan kak yun sekeluarga tertarik dengan produk Shaklee ialah semua produknya mempunyai ciri-ciri ianya selamat, ia terbukti dan ia berkesan. Kami yakin akan keberkesanan dan paling penting produk shaklee bebas 2500 bahan kimia.
Setiap produk-produk shaklee akan menjalani penyelidikan klinikal dan saintifik pada bahan-bahan yang digunakan serta keberkesanannya dalam meningkatkan kesihatan pengguna. Kajian supplement pemakanan Shaklee yang merupakan penanda aras yang menyokong potensi supplement kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang kepada pengguna.
Kak yun mula join BISNESS ONLINE SHAKLEE pada hujung tahun 2020 iaitu selepas melahirkan anak yang kedua. Ketika itu, negara kita sedang mengalami Pandemik akibat penularan wabak Covid-19. Ketika itu, ramai yang hilang pekerjaan dan hilang pendapatan kerana keadaan yang sangat tidak dijangka. Dengan ekonomi yang merosot lagi. Kak yun mula mengambil keputusan untuk mulakan Bisness Online Shaklee sebab memang kak yun mengamalkannya produk Shaklee dan tahu akan keberkesanan serta kualiti produknya.
Apabila menceburi dalam bidang bisness Shaklee baru lah kak yun tahu akan banyak kelebihan sebagai ahli shaklee termasuklah INSENTIF SHAKLEE. Melalui bisness Shaklee korang bukan sahaja akan mendapat Cash Bonus tetapi korang juga akan mendapat Car Bonus dan juga Convention Trip. Sebelum ni tak pernah ambil tahu pun akan manfaat sebagai 'Shaklee Distributor' hanya ambil tahu akan update produk Shaklee je. Tapi selepas tahu rasa bersemangat dalam bisness Shaklee kerana pelbagai 'Extra Income' yang kak yun boleh perolehi melalui Insentif yang pihak Shaklee akan bagi. Paling penting sistem dalam bisness yang pihak Shaklee gunakan adalah sistem yang tidak menindas ahli-ahli bisness dibawahnya. Dan bisness Shaklee adalah bisness yang paling mudah untuk dilakukan yang penting rajin, ada internet dan Smart phone. Bisness Online Shaklee juga adalah bisness yang tidak perlukan modal. Hanya cukup mendaftar sebagai ahli sahaja dan kita hanya perlu collect order sahaja. Seterusnya submit order di website Shaklee. Semua urusan packaging dan pengeposan diuruskan oleh pihak HQ.
Pengalaman kak yun yang dah menceburi pelbagai jenis bisness, Shaklee adalah satu-satunya bisness yang mengamalkan konsep sama rata kepada semua ahli-ahli bisnesnya termasuk ahli yang hanya beli produk untuk makan sendiri juga dilayan sama rata. Untuk brand lain kak yun tak pasti. Ada beberapa bisness yang kak yun pernah cuba sebelum ni, untuk beli sesuatu stok perlu ikut sistem agent mereka dan harga setiap stok juga berbeza mengikut sistem agent. Disini ada berlaku penindasan kerana setiap level akan bermain harga. Sebagai contoh level master stokis akan memberikan percuma postage atau COD yang lebih murah berbanding mini agent. Disini kita boleh lihat, setiap level akan bersaing sesama mereka berlawan harga. Lama-lama hubungan sesama agent akan menjadi toksik dan persekitaran negatif dalam bisness terwujud.
Melalui Bisness Online Shaklee korang bakal perolehi 3C iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Trip.
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
i. CASH BONUS
Melalui bisness Shaklee korang boleh perolehi bonus dan ganjaran tunai yang besar (unlimited). Ada leader di dalam team kak yun yang perolehi bonus tunai 4 hingga 5 angka sebulan tau. Pendapatan itu bergantung kepada sale dan usaha yang telah anda lakukan. Nak bonus lebih kene usaha lebih ya.
Bestnya buat bisness Shaklee ni sebab kita boleh besarkan income atau bonus kita tanpa menggunakan modal yang tinggi. Selain dapat untung runcit, kita akan dapat bonus untuk Performance Bonus dan Leadership Bonus. Bonus ni tak semua company mampu beri ya, kalau beri pun mungkin hanya setahun beberapa tahun sekali sahaja ataupun ketika penghujung kareer kita.
Yang penting dengan bisness Shaklee tak perlukan modal yang besar, tak perlu keluar rumah selalu (keluar jika customer nak beli melalui service COD). Dan bisness Shaklee berlandaskan syariah. Jadi tak perlu rasa was was.
ii. CAR BONUS (PROGRAM SUBSIDI KERETA)
Berbeza dengan company lain, melalui program subsidi kereta yang Shaklee berikan ini, korang akan menerima insentif dalam bentuk ringgit tunai di bawah nama CAR BONUS.
Tidak seperti syarikat lain, pihak Shaklee tidak meletakkan syarat untuk korang guna Car Bonus itu untuk membeli kereta sahaja. Duit yang korang dapat walaupun atas nama Car Bonus, korang boleh je gunakan untuk tujuan lain sebagai contoh untuk membeli rumah, membuat pembayaran hutang PTPTN, membuat belanja harian, bercuti atau sebagai simpanan hari tua. Pihak Shaklee tidak akan bertanya korang akan buat apa dengan duit yang telah mereka berikan.
Melalui bisness Shaklee, korang akan dapat slip gaji. Dan di dalam slip gaji tersebut akan disertakan sekali Car Bonus yang melayakkan korang untuk beli kereta idaman yang korang nak. Berdasarkan pengalaman semua ahli shaklee yang menerima Car Bonus Shaklee, bank memang akan menerima Slip Gaji mereka untuk membuat loan. Dan bank tidak bertanya banyak soalan berkenaan slip gaji mereka. Bestnya, maksudnya suri rumah yang buat bisness online Shaklee ni pun layak apply loan di bank dan membeli aset mereka sendiri hanya dengan menggunakan slip gaji shaklee.
iii. CONVENTION TRIP (PROGRAM LAWATAN INSENTIF)
Bagi leader yang berjaya effective mengikut syarat yang ditetapkan layak mendapat jemputan dari pihak Shaklee untuk menyertai percutian bertaraf 5 hingga 7 bintang. Tidak kira di peringkat Regional atau Antarabangsa.
Setiap tahun, Shaklee akan menawarkan 2 trip iaitu Regional (biasanya negara Asia) dan Antarabangsa secara percuma. Bukan itu sahaja, pihak Shaklee juga menawarkan Umrah bagi yang beragama Islam yang layak secara PERCUMA juga. Yang paling best pakej Umrah ni juga bertaraf 5 bintang. Setiap ahli Shaklee yang layak mendapat mendapat jemputan percutian mewah ini, boleh membawa pasangan, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain sekiranya Conference Point telah mereka berjaya kumpul mencukupi untuk mendapatkan tiket untuk mereka.
Semuanya adalah PERCUMA dan luggage serta duit belanja juga disediakan. Korang hanya perlu tinggal bawa pakaian, keperluan dan passport sahaja. Even di dalam bilik hotel, sejadan juga disediakan tau. Bestnya percutian Shaklee ni.
Korang tau tak, ketika negara kita dilanda pandemik pada tahun 2020 dan 2021. Trip Shaklee ni tetap dirancang tetapi tak dapat dilaksanakan disebakan sekatan perjalanan di seluruh dunia. Oleh itu, pihak Shaklee memberi peluang kepada ahlinya yang telah berjaya mendapatkan tiket percutian untuk ditukarkan kepada bentuk wang ringgit. So disini maksudnya tiket yang kita dah dapat tu tak burn lah walaupun terpaksa dibatalkan. Tiket yang ditukarkan kepada wang tunai itu juga kita bebas untuk buat apa sahaja dan tidak akan dipersoalkan oleh pihak Shaklee.
Bagi yang berjaya melepas cycle 2022/2023, shaklee akan menaja percutian mewah ke Korea (Regional Incentive trip) dan ke Los Angelas (International Incentive trip).
Siapa yang dapat join trip Shaklee ni memang sangat bertuah kerana layanan dan service yang diberikan sangat istimewa. Kebiasaannya insentif trip shaklee ini, setiap ahli-ahli yang menyertainya akan dibawa melawat ke tempat-tempat yang menjadi tarikan di sesuatu kawasan atau daerah di situ. Korang juga dapat menghayati dan mendalami budaya dan cara hidup masyarakat di sana.
BERITA BAIK UNTUK SEMUA AHLI BARU DAN YANG INGIN MENYERTAI AHLI SHAKLEE
Untuk pengetahuan semua, 'New Cycle' untuk bisness Shaklee adalah setiap Bulan April. Kiranya bulan April setiap tahun merupakan tahun baru atau buku baru untuk setiap ahli shaklee yang join bisness untuk start new journey pada tahun tersebut. Baru-baru ni, Shaklee telah mengumumkan satu Program Insentif Kelayakan Bonus yang sangat menarik.
Melalui program ini, korang berpeluang untuk mendapatkan 'Extra Income' terkumpul RM 4,000 hingga RM 6,000 dalam masa 3 bulan berturut-turut. Kalau dapat side income sebulan seribu ringgit pun dah rasa bersyukur sangat, inikan lagi hampir 4 ribu ringgit. Banyak jumlah pendapatan yang boleh diperolehi untuk extra income melalui insentif shaklee ni, lagi-lagi zaman ekonomi yang sangat mencabar ketika ini.
Bagi yang bakal join pada bulan April 2023 ini atau dah lama join ahli Shaklee tapi belum pernah rank-up (stuck) at least rank Supervisor. Untuk new cycle 2023/2024 kali ini, pihak Shaklee telah mengumumkan insentif khas untuk korang ni iaitu Shaklee akan berikan extra bonus RM600 kepada korang jika berjaya rank-up at least rank Supervisor pada bulan April atau Mei atau June 2023 dan berjaya kekal effective 2 bulan seterusnya berturut-turut. Wow bestnya boleh dapat extra RM600 walaupun baru mula bisness Shaklee.
Untuk ahli Shaklee yang dah pernah rank-up at least pada rank supervisor pula dan belum pernah rank-up next level lagi, boleh juga berpeluang mendapat extra bonus RM600 ni. Dengan syarat, korang kene rank-up Senior Supervisor pada bulan April atau Mei atau June 2023 dan berjaya kekal Effective pada 2 bulan seterusnya berturut-turut. Seronoknya dapat lagi extra income RM600, boleh buat duit belanja dapur dan keperluan harian kan.
Kebiasannya apabila sudah mencapai rank supervisor, memang senang nak effective setiap bulan. Cuma apabila seseorang itu 'stuck' pada sesuatu rank. Jadi insentif yang pihak Shaklee buat ni memang khas untuk 2 kategori ni bagi menaikkan semangat mereka dan membantu mereka untuk memperolehi pendapatan yang lebih lumayan apabila rank-up. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat lebih banyak manfaat seperti Car Bonus, Convention trip dan juga Leadership Bonus.
Tapi sebelum tu macam mana nak jadi ahli Shaklee ni? Mudah sangat untuk sertai kami ada beberapa cara untuk jadi ahli Shaklee.
1. Hanya bayar RM35 untuk jadi ahli Shaklee. Boleh klik Link disini untuk sertai sendiri ahli dibawah team kak yun [JOIN AHLI]
2. Beli mana-mana produk Shaklee dengan minimum pembelian sebanyak RM350 dan korang layak untuk dapatkan keahlian secara PERCUMA
3. Atau korang boleh beli produk promo bulan April 2023 ni iaitu SET VITAMIN RM99 dan mendapat keahlian secara PERCUMA.
Banyak kelebihan dan manfaat menjadi ahli Shaklee ni. Antaranya ialah:
☘️ Dapat membeli produk dan supplement Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga bukan ahli.
☘️ Sambil membeli sambil kita dapat pulangan wang daripada UV points yang terkumpul untuk setiap supplement yang kita beli. Minimun UV points untuk layak mendapat bonus cash atau pulangan wang ialah 150 UV.
☘️ Tidak perlu maintain UV untuk kekal aktif sebagai ahli Shaklee. Setiap keahlian ada seumur hidup dengan syarat pembelian mana-mana produk setiap tahun tanpa minimum purchased. So di sini dah untung tak perlu renew keahlian setiap tahun. Bila beli produk je dah auto renew sendiri dalam sistem. Sangat berbaloi.
☘️ Boleh menjual produk Shaklee sebab bila dah jadi ahli ni kita auto jadi SID (Shaklee Independent Distributor) dimana kita membenarkan menjual produk shaklee kepada sesiapa sahaja. Tetapi kita dilarang menjual di platfrom E-dagang seperti Shopee, Lazada, dan lain-lain. Kenapa perlu menjual di platform E-dagang yang lain sedangkan kita ada platform website sendiri yang sangat mesra pengguna. Urusan postage pihak HQ pun boleh uruskan dari A to Z. Sangat flexible.
☘️ Boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan mahupun tetap. Terpulang pada individu.
☘️ Dapat bimbingan dari group WhatsApp, Facebook, Zoom, dan pelbagai lagi platform yang sediakan oleh setiap team. Support dan Info group juga disediakan. Jadi tak perlu peningkan kepala untuk cari kelas marketing dan nutrisi sendiri.
☘️ Boleh menikmati bonus tunai yang unlimited. Samaada 2, 3, 4, 5, dan ada yang mencecah lebih 6 angka. Bergantung pada kehendak dan usaha masing-masing.
☘️ Selain itu, boleh menikmati insentif dari Shaklee seperti Car Bonus, Insentif Pelancongan (Regional/Internationa/Umrah Trip), Leadership Bonus dan macam-macam lagi. Tertaluk pada terma dan syarat.
Menarik kan kalau join sebagai ahli shaklee. Kak yun paling suka keahlian shaklee yang seumur hidup dan bila kita beli apa-apa sahaja produk Shaklee yang tidak kira apa nilainya akan automatik renew sendiri. Berbeza dengan brand dan company lain. Dan bonus yang diberikan kita berusaha bersungguh-sungguh kita boleh mendapatkan bonus yang diluar jangka dan unlimited. Serta bisness Shaklee ini juga boleh diwarisi kepada waris kita. Semua akan diuruskan oleh pihak Shaklee.
Itu sahaja sharing kak yun tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee dan join bisness Shaklee ni. Pelbagai Insentif yang diberikan pada setiap ahli-ahlinya tanpa pilih kasih.
Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Semoga bermanfaat
_____________________________________________
Perlukan bantuan/pertanyaan?
Hubungi Kak Yun (013-2179242)
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam
References:
Comments
Post a Comment