VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN


Kalau zaman dahulu, orang perempuan ni lebih sinonim dengan jamu atau herba seperti kacip fatimah dan sebagainya. Mak kak yun keturunan jawa, jadi dia lebih arif tentang jamu lagi-lagi selepas bersalin ketika berpantang. Mak kak yun kata dikampunnya, wanita yang baru bersalin tidak boleh buat kerja langsung hanya duduk di bilik sahaja. Anaknya pun dimandikan oleh ibu mereka atau saudara-mara perempuan. Semua disediakan bagi mengurangkan si ibu yang baru sahaja bersalin keletihan dan stress. 

Jamu bagi wanita yang sedang berpantang memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun kita sudah kearah zaman moden, tapi masih ada wanita yang mengamalkan jamu. Malah pelbagai jenis jamu yang telah dimodenkan dan rasa yang lebih enak bagi menarik para wanita untuk mengamalkannnya. 

Bagi mak kak yun, dia mengamalkan jamu sehingga anak kedua sahaja. Selepas dia menemukan 'jamu moden' (supplement Shaklee) pada tahun 1994, dia memilih untuk mengamalkan jamu moden ini berbanding jamu tradisional. Ini kerana ada sesetengah jamu tradisional membuatkan badan wanita yang sedang berpantang rasa tidak selesa dan ada juga yang membuatkan ibu berpantang ini mengalami masalah sembelit yang melampau. Bukan itu sahaja, kadang-kadang bayi yang 'dalam hari' ini juga tidak sesuai dengan jamu yang diamalkan oleh ibu mereka. Ada sesetengah jamu membuatkan bayi yang mengalami jaundice menjadi lebih teruk. Sebab itu, apabila nurse yang datang melawat ketika ibu berpantang menasihati para ibu supaya tidak mengamalkan jamu buat sementara waktu sehingga bayi mereka mula sesuaikan diri atau bebas dari masalah jaundice

Antara sebab mak kak yun lebih memilih untuk mengamalkan jamu moden atau VITAMIN UNTUK WANITA ketika berpantang adalah disebabkan ia membuatkan dia berasa lebih selesa, susu lebih meriah dan masalah yang sering dihadapi ketika berpantang sebelum ini tidak lagi dialaminya. Bayi ketika berpantang pun kurang meragam kerana susu yang lebih pekat dan banyak membuatkan bayi mudah kenyang dan lena tidur mengikut waktunya. Selain itu, antara sebab lain mak kak yun memilih jamu moden dari Shaklee kerana ia ada klinikal study dan bebas bahan kimia di mana sangat penting untuk ibu yang sedang berpantang dalam proses untuk memulihkan badan selepas penat berperang di dalam wad bersalin berjam-jam. 
Dari mak kak yun sampai lah diri sendiri memang amalkan set berpantang Shaklee ni. Mak kak yun pun tak recommend kak yun untuk amalakan jamu tradisional ketika dalam pantang. Dia sangat pentingkan penjagaan ketika berpantang ni sebab ini adalah masa yang sangat penting dan klimaks. Jika tida dijaga dan dirawat dengan betul boleh menganggu kesihatan fizikal dan juga mental si ibu. Bila si ibu tidak okay dan tidak stabil maka akan effect pada si bayi juga. Boleh mengakibatkan si ibu mengalami masalah meroyan jika tidak berpantang dengan betul. 

Untuk set berpantang ni kak yun amalkan beberapa produk yang sangat membantu terutamanya masalah tenaga, sembelit, kurang susu dan emosi. Beberapa vitamin ini sangat membantu kak yun ketika berpantang anak pertama dan kedua. Antaranya ialah:

1. Esp 
Ini kak yun amalkan sentiasa dari anak dara, semasa hamil dan ketika bersalin serta menyusukan anak. Esp ni adalah minuman protein NON-GMO yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman selepas bersalin. Selain itu, Esp ni juga sangat membantu untuk memperbanyakkan susu ibu. Susu jadi pekat dan meriah. Bila susu kita pekat dan banyak, anak kurang meragam dan cepat kenyang serta membantu bayi untuk cepat lena.

2. Vitamin C
Pengambilan Vitamin C ketika berpantang sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kak yun memang tak pernah tinggal vitamin C ni sepanjang kehamilan dan ketika berpantang. Ini kerana vitamin C ketika hamil membantu penyerapan Iron untuk meningkatkan bacaan HB. Ketika berpantang pula bagus untuk penyembuhan luka jahitan terutamanya serta menguatkan imun ibu dan bayi.

Antara manfaat lain mengamalkan vitamin C ni:
◾Mengurangkan risiko diserang batuk, selsema dan demam.
◾Membantu menguatkan gusi.
◾Membantu mengurangkan rasa mual ketika hamil. 
◾Membantu mengurangkan kedutan.
◾Menurunkan kadar asid urik dan mengurangkan serangan gout.
◾Membantu mengurangkan jerawat dan sunburn.
◾Membantu menyembuhkan luka.
◾Mengurangkan masalah resdung.
◾Membantu menguatkan tulang dan gigi.

3. Ostenutrix (calcium)
Masalah yang sering para ibu alami selepas bersalin ialah sembelit. Ramai yang takut untuk buang air besar seminggu selepas bersalin, mereka kata takut jika mereka buang air besar nanti jahitan di bawah terbuka. Jadi mereka rela untuk menahan buang air. Selepas ibu bersalin, mereka akan dehydrate kerana kehilangan banyak darah. Situasi ini juga antara punca menyebabkan sembelit selain kurang makan makanan yang mengandungi fibre. 

Penyelamat kak yun ialah ostenutrix ni ketika berpantang. Sangat membantu untuk melawaskan dalam masa yang sama memperbanyakkan susu ibu. Ini yang membuatkan kak yun paling suka ostenutrix ni selain esp Shaklee. 

4. B-complex
Emosi ibu berpantang ni sangat penting ya. Kalau tak dijaga dengan betul boleh menyebabkan ibu stress dan meroyan. Antara tanda-tanda kita kekurangan b-complex ialah cepat merasa tersinggung dan cemas. Kak yun memang selalu amalkan b-complex shaklee ni dari awal pregnancy sampai lah habis pantang. Tapi kalau tak hamil pun kak yun masih amalkannya sebab ia bagus untuk kurangkan tekanan minda ni dan elakkan kita daripada stress yang melampau. 

5. Omega Guard
Omega-3 ni sangat penting ya terutamanya untuk menstabilkan tekanan darah. Biasanya bila hamil berat kita akan naik hampir 2 kg setiap bulan dan kadang-kadang ada yang mencecah hampir 20kg sepanjang 9 bulan mengandung. Apabila dalam proses berpantang, bayi sangat sensitif dengan apa yang si ibu makan dan amalkan. Jadi tak semua jenis supplement atau ubat si ibu boleh makan untuk mengatasi masalah tekanan darah dan juga masalah berat badan berlebihan. Kak yun cadangkan bagi yang ada masalah berat badan berlebihan ketika hamil untuk amalkan omega-3 atau omega guard Shaklee ni sepanjang proses kehamilan sehingga habis berpantang. 

Ia juga bagus untuk minda si ibu dan bayi. Selain vitamin C, omega-3 juga bagus untuk menguatkan sistem imun badan kita. Disamping itu, ia juga dapat membantu menguatkan sendi dan tulang. Maklumlah sepanjang mengandung terutamanya pada 6 hingga 9 bulan kita menampung kandungan setiap hari dan kemana-mana sahaja kita pergi. Untuk proses pemulihan omega-3 ni sangat bagus terutamanya yang ada masalah sendi dan sakit pinggang. 

6. Vita-lize (Multivitamin)
Vita-lize atau multivitamins sangat penting untuk mencukupi nutrisi. Yelah ketika berpantang tak semua makanan kita boleh amalkan bagi menjaga pantang. Oleh itu, untuk mencukupi nutrisi dari pelbagai jenis vitamin dan mineral si ibu perlu amalkan multivitamin. 

Di dalam vita-lize shaklee ni terdapat hampir 25 jenis vitamin dan mineral. Ia sangat bagus untuk membekalkan sumber zat besi kepada ibu hamil, berpantang dan menyusu. Ini kerana zat penting sangat bagus untuk mengalakkan penghasilan sel darah merah. 

Kak yun setiap kali bersalin memang akan ada masalah amenia. Jadi, selepas bersalin je nurse akan datang check kak yun setiap setengah jam disebabkan masalah ini. Hari pertama bersalin kebiasaannya kak yun perlukan bantuan dari suami atau nurse bagi memapah kak yun untuk berjalan ke tandas. Kalau tiada bantuan kak yun boleh pitam dan jatuh secara tiba-tiba. Mak kak yun suruh kak yun amalkan vita-lize untuk mengatasi masalah HB rendah ni sebab kalau tak jaga boleh menyebabkan tumpah darah dan masalah lain. Vita-lize Shaklee ni sangat membantu kak yun. 

7. Alfafa Complex
Kak yun tak suka makan jamu sebab rasa yang pahit dan tak sedap. Tapi kak yun nak sesuatu yang macam orang dulu-dulu amalkan untuk kekal aktif dan sihat. Jadi kak yun memilih jamu moden Shaklee ni yang memang tak pernah lagi jumpa dekat produk atau brand lain. Jamu moden Shaklee ni Alfafa Complex yang diperbuat daripada king of herbs iaitu pokok alfafa. Biasa kalau kat Malaysia, herba yang terkenal ialah tongkat ali dan kacip fatimah kan. Alfafa ni pun salah satu herba juga. 

Disebabkan Alfafa ni telah dikaji dan ada klinikal study yang teliti oleh pihak Shaklee, kak yun amalkannya hampir 10 tahun hehe. Alfafa Complex Shaklee ni sangat bagus diamalkan terutama ketika berpantang, sebab ia membantu mengalakkan penghasilan susu yang banyak. Selain itu, alfafa complex ni juga bagus untuk detok dan membantu untuk kurangkan berat badan. So siapa yang ada masalah berat badan berlebihan ketika hamil, kena cuba alfafa complex Shaklee ni memang sangat membantu untuk detoks badan ni. 

8. Vivix 
Vivix ni bagi yang ada masalah cyst sangat digalakan untuk amalkan. Tapi untuk entri kali ini kak yun fokus pada ibu berpantang dan menyusu. Bagusnya vivix Shaklee ni adalah ia membantu penyembuhan luka jahitan dan dalaman dengan lebih cepat. Terutamanya yang bersalin secara C-zer memang sangat membantu. Vivix Shaklee ni juga sangat membantu si ibu untuk cepat sembuh dan pulih selepas proses bersalin. Apabila cepat si ibu pulih, lebih senang si ibu untuk menguruskan diri dan bayi. Bukan itu sahaja, vivix Shaklee ni terkenal dengan membantu memberikan tenaga. Bagi si ibu yang kerap bangun menyusukan anak setiap 2 jam ni pasti letihkan, jadi vivix ni akan membantu si ibu kekal bertenaga sepanjang berpantang. 


Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di siniπŸ‘‡
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE 

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)
Untuk order shaklee boleh klik link di bawah iniπŸ‘‡

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:




Comments

Popular posts from this blog

TESTIMONI SAYA BERSAMA SET MENYUSU SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE MUAR, JOHOR DAN SUNGAI RAMBAI, MELAKA

KATA-KATA MOTIVASI MAKANAN JIWA