AMALAN GAYA HIDUP SIHAT PILIHAN KITA


Mengapa kita perlu mengamalkan AMALAN GAYA HIDUP SIHAT ? Penting ke amalan cara hidup sihat ni?

Inilah topik yang kak yun nak bincangkan untuk entri kali ini. Disebabkan kadar peratusan penyakit 3 serangkai terutamanya dan penyakit jantung di Malaysia meningkat setiap tahun, paling mengejutkan apabila bilangan golong belia juga meningkat. Adalah penting untuk kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap gaya hidup sihat termasuklah tahap kesihatan diri kita dan juga ahli keluarga kita. 

Kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat 
πŸ‘‰ Meningkatkan status kesihatan anda serta jangka hayat.
πŸ‘‰ Mengurangkan risiko mendapatkan pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok, dan kanser.
πŸ‘‰ Menjadi anda lebih produktif dalam kehidupan seharian. 
πŸ‘‰ Stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
πŸ‘‰ Menjadikan penampilan dan personaliti lebih menarik dan ceria. 
πŸ‘‰ Minda lebih positif dan tenang.
πŸ‘‰ Dapat kurangkan kos perubatan atau kesihatan berbanding orang yang berpenyakit.

Terdapat banyak manfaatnya apabila kita menitik beratkan akan tahap kesihatan kita. Emosi kita lebih terjaga apabila kita tidak perlu risau akan kos perubatan dan juga impaknya terhadap our future (apa yang bakal terjadi dalam tempoh beberapa tahun akan datang) apabila kita mendapat pelbagai jenis penyakit. 

Sebagai contoh, si Ali penghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis yang agak kronik. Dia menghadapi masalah kewangan apabila dia tidak dapat bekerja aktif seperti sebelum menghidap penyakit-penyakit ini. Beberapa tahun kemudian, doktor mengesahkan yang dia menghidap penyakit buah pinggang dimana buah pinggangnya tidak dapat berfungsi sebelah dan dia juga terpaksa dipotong beberapa jari kakinya yang semakin membusuk dan rosak akibat penyakit kencing manis yang semakin teruk. Dia terpaksa mengambil wang simpanannya dan meminta sedikit wang dari anak-anaknya untuk kos menebuk lubang untuk perawatan dialisis buah pinggangnya kerana penyakit buah pinggang semakin merosot dan perlu menjalani proses dialisis dengan kadar segera. Jadualnya setiap minggu padat dengan temujanji di klinik dan hospital membuatkan dia tidak boleh bekerja seperti sebelum ini dan perlu mengharapkan bantuan dari isteri dan anak-anaknya.

Jadi di situasi yang kak yun sharedkan di atas ini menunjukkan situasi apabila si Ali telah diduga dengan pelbagai jenis penyakit yang agak kronik. Dalam masa yang sama diduga dengan masalah kewangan apabila tidak dapat bekerja seperti biasa kerana penyakitnya. Ini kerana si Ali kurang menitik beratkan akan tahap kesihatannya sebelum ini. Dia kerap minum air manis dan air bikarbonat yang kononnya boleh memberi tenaga serta kekal fokus ketika bekerja. Kerana dia seorang pekerja buruh. Malah dia juga sering makan makanan yang berminyak dan tidak sihat. Ketika cuti, dia menghabiskan masanya hanya untuk berehat di rumah kerana penat bekerja. Untuk keadaan Si Ali, kita dapat pengajaran bahawa menjaga kesihatan terutamanya dari segi pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting. Jangan tunggu bila dah mendapat musibah seperti ini baru mempunyai kesedaran, ia tidak berguna lagi kerana tidak dapat mengembalikan semula kesihatan seperti sebelum terkena penyakit-penyakit ini. 

Jadi sangatlah penting untuk kita mempunyai kesedaran akan amalan gaya hidup sihat termasuk memberi kesedaran kepada orang disekeliling kita terutamanya ahli keluarga. 

 Antara amalan gaya hidup sihat:

1. Menjaga Pemakanan Seharian
Menjaga portion makanan. Makan mengikut waktu dan teratur. Jangan makan terlalu berlebihan. Kurangkan makanan yang manis, terlalu masin, dan makanan segera serta minuman bikarbonat. Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan diri dari mudah terpengaruh dari makanan-makanan 'viral' yang rata-rata adalah makanan yang tidak sihat. Kerap makan makanan yang kurang berminyak seperti dikukus atau dipanggang. Kalau boleh masak sendiri di rumah lebih sihat, jimat dan kebersihan terjamin. 

2. Kekal Aktif
Melakukan senaman paling kurang 10-30 minit sehari. Bagi aktiviti riadah boleh lakukan seminggu sekali atau 2 kali. Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda. Seperti bercucuk tanam di tepi rumah ke. Mengemas rumah dengan kerap juga boleh membuatkan kita kekal aktif seperti menyapu sampah, mop lantai, bersihkan habuk dan sebagainya. Beriadah di kawasan riadah seperti taman permainan bersama anak-anak ataupun berbasikal di taman rekreasi juga antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga serta rakan-rakan. 

3. Emosi dan Minda Positif.
Pastikan kita dalam persekitaran positive circle dan keluar dari toxic circle. Ini termasuk kawan-kawan, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain yang boleh membuatkan kita rasa depression atau stress. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Mendapatkan pemeriksaan dari pakar psikologi jika merasakan diri ada simptom yang berkaitan masalah kesihatan mental. Untuk kekal minda positif boleh juga rajin membaca KATA-KATA MOTIVASI. Belajar menangani stress dengan bijak. Selain itu, terdapat beberapa cara untuk tangani stress iaitu:
◾Berfikir secara positif.
◾Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
◾Kenal pasti kenapa anda marah.
◾Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu menangani kemarahan.
◾Membiasakan diri dengan memaafkan diri sendiri dan orang lain.
◾Adakan hobi.
◾Belajar bertenang.
◾Dapatkan tidur yang secukupnya.
◾Time management yang betul dan efektif.

4. Tidur berkualiti
Tidur lebih awal dan bangun lebih awal. Elakkan melihat phone atau gadjet sejam sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti. Pastikan mendapat tidur yang secukupnya setiap hari. 

5. Jangan merokok/vape
Kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. Kajian mendapati bahawa kadar peratusan perokok tegar untuk mendapatkan penyakit jantung adalah lebih tinggi berbanding bukan perokok. Bahan-bahan yang terkandung di dalam vape dan rokok boleh menyebabkan gumpalan darah tersumbat di otak yang boleh menyebabkan stroke. Selain itu, penggunaan vape juga boleh menyebabkan penyakit Evali iaitu kerosakan paru-paru.
Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di siniπŸ‘‡
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:






Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI