TIPS KURUS DENGAN CEPAT SEBELUM RAYA


Raya dah nak dekat ni lagi beberapa hari je tinggal. Baju raya, kasut raya, dan persiapan raya pun dah siap. Yang membuatkan risau bila pagi raya nanti baju tak muat atau sempit. Korang pernah kena tak situasi macam ni?

Kebiasaannya bila bulan Ramadhan ni, nafsu makan lain macam. Mana tak nya, bila membeli di bazaar nafsu membeli yang asalnya 1 atau 2 juadah menjadi berganda dari yang dirancang. Begitu banyak godaan di bazaar Ramadhan. Ni belum masuk waktu moreh lagi makan benda yang berminyak atau tidak sihat. Waktu moreh ni kebiasaannya pukul 9.30 malam ke atas yang biasanya hari selain berpuasa kita jarang moreh atau 'late dinner' ni. Ada juga yang dah jaga pemakanan tapi berat badan tiada perubahan atau makin naik. Bila timbang berat badan selepas seminggu berpuasa naik berkilo-kilo. 

Baju raya dah beli sebelum puasa. Nak buat apa mcm ni takkan nak beli baju raya baru. Sanggup ke nak menghadap mulut makcik bawang bila raya nanti hehehe. Jadi apa yang silapnya disini?

Korang nak tak kalau kak yun bagi tips untuk KURUS DENGAN CEPAT, cantik dalam masa yang sama dalaman semakin sihat dan badan pun cergas. Kak yun nak shared beberapa tips untuk kurus dengan cepat tanpa perlu ambil ubat kurus atau ikat perut yang melampau (diet yang tidak sihat).

Di sini kak yun shared 6 tips kuruskan badan ketika bulan puasa. Tapi boleh juga diamalkan ketika tidak berpuasa.

1. MINUM AIR KOSONG YANG MENCUKUPI

Pastikan badan sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi. Disarankan 8 GELAS SEHARI, walaupun berpuasa minum air pun kena cukup tau. Tapi ketika berpuasa waktu untuk makan dan minum adalah terhad, adakah sempat untuk kita minum air 8 gelas sehari?

Tips minum 8 gelas air di bulan puasa
1 gelas selepas bangun sahur.
1 gelas selepas sahur.
1 gelas selepas azan magrib.
1 gelas selepas solat magrib.
1 gelas selepas makan.
1 gelas selepas solat isyak.
1 gelas selepas solat terawikh.
1 gelas sebelum tidur.

So total kesemuanya adalah 8 gelas air sehari. Boleh je nak adjust ikut timming korang yang rasa sesuai. Ini hanyalah cadangan sahaja. 

2. JANGAN SKIP SAHUR!

Sahur adalah sunnah. Kenapa perlu tinggalkan amalan yang baik. Walaupun skip sahur boleh mengurangkan kalori tapi sebenarnya ia amalan yang tidak sihat. Skip sahur ni umpama korang skip sarapan pagi. Bila berbuka nanti korang akan makan lebih banyak berbanding jika korang sahur. Kenapa? Sebab perut terasa lapar yang teramat sangat. Bila dah lapar yang melampau, nafsu nak makan tu membuak-buak dan menyebabkan kita mengambil makanan yang melebihi 'portion' yang sepatutnya. 

Kak yun pernah ada kawan yang dia skip sahur. Katanya kalau dia sahur dia akan rasa cepat lapar berbanding kalau tak sahur. Sebenarnya, bukan salah sahur tapi salahkan makanan apa yang kita ambil ketika sahur tu. Mungkin kita ambil makanan yang terlalu tinggi kandungan gula atau karbohidrat. Kena ambil makanan yang tinggi protein. Cuba elakkan makanan segera dan makanan proses seperti mee segera, nugget, sosej dan lain-lain. Sebab makanan-makanan ini juga boleh menyebabkan kita rasa cepat lapar. 
Sebab tu pemilihan MENU SAHUR yang betul dapat membantu kita mengawal berat badan yang kita idamkan. Boleh cuba sahur dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong.

3. RULE OF 2 HOURS AFTER

Kebiasaannya selepas sahur atau moreh kita rasa sangat mengantuk. Kita akan ambik 'nap' sekejap selepas sahur. Amalan ni perlu dielakkan sebab ini adalah antara punca kita susah nak turunkan berat badan. Tabiat ni perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan lemak terkumpul setiap kali kita lakukan tabiat ni. 

Selain itu, ia juga boleh menganggu sistem pencernaan dan boleh menyebabkan kita mudah mengalami sembelit ketika bulan Ramadhan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengundang penyakit-penyakit lain. Korang tau tak tidur selepas sahur boleh menyebabkan kita mudah rasa lapar dan cepat haus. Ohh ini lah antara satu punca terjadinya mitos sahur punca cepat lapar hehehe.

4. KEKAL AKTIF

'Penatlah puasa ni tak larat lah nak exercise'.

Puasa bukan alasan untuk tidak aktif. Tak semestinya kene keluar beriadah baru dikira 'exercise'. Boleh je melakukan aktiviti di dalam rumah seperti senaman kardiovaskular ni yang sangat mudah untuk dilakukan dan tidak perlukan ruang yang luas. Boleh dilakukan di ruang tamu atau di bilik tidur.

Selain itu, aktiviti mengemas rumah atau bergotong-royong juga antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk kekal aktif dan buatkan kita sentiasa cergas. Boleh dilakukan pada siang hari ketika ada masa lapang. Pada waktu malam pula, boleh fokus dengan ibadah termasuk solat terawikh dan mengaji. 

Korang tau tak solat terawikh boleh membakar kalori. Ia dapat membantu membakar kalori selepas makan pelbagai jenis juadah ketika berbuka puasa. Menurut Kevin Zahri, solat terawikh dapat membantu membakar kalori 200-300 kcal bergantung pada durasi dan suhu di kawasan ibadah tersebut. Walaupun aktiviti ibadah ini dapat membakar lemak, tapi pastikan niat ketika menunaikan ibadah diniati kerana Allah bukan kerana ingin membakar kalori je. 

5. KURANGKAN MAKAN/MINUM YANG MANIS

Tips ni kak yun selalu amalkan. Yang paling utama kurangkan minum manis. Bila bulan puasa ni kita lebih tergoda melihat minuman manis sebenarnya berbanding makanan. Ada yang kata ketika bulan puasa, 'gemuk air' sebab banyak minum air. Tapi sebenarnya kandungan gula yang kita ambil ketika berbuka atau moreh tu yang menjadi punca nya. Bila berbuka pelbagai jenis air manis dihidangkan di atas meja. Cuba amalkan minum air kosong sebelum mula makan. 

Kak yun amalkan cinch tea ni ketika berbuka puasan. Kebiasaannya kak yun buat versi suam atau panas. Boleh tambah lemon atau limau untuk bangkitkan selera tapi minum kosong jangan ditambah gula. Cinch tea ni mengandungi 3 jenis tea iaitu red, white dan matcha green tea. Cinch ni membantu untuk mengurangkan craving makanan atau minuman manis. Pengalaman kak yun selepas diet gula hampir 4 bulan ni, badan tidak mudah letih dan selera makan yang bertambah-tambah sebelum ni pun dah kurang. Alhamdulillah selama 4 bulan ni berat kak yun 'maintain' 51-52 kg untuk ketinggian 163 cm. InshaAllah sebelum raya kak yun target berat 49-50kg. Doakan ya kak yun berjaya. 

Jika terasa (craving) nak makanan manis macam mana pula? 
Boleh diganti dengan buah-buahan atau gantikan salad sebagai snek berbanding junkfood. 

Pelbagai menu salad yang sihat mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Seperti gambar di bawah ini kelihatan menyelerakan sungguh. Yang penting menu sebegini dapat membantu kita kekal sihat.
Selain itu, korang juga boleh menggantikan snek dengan kekacang seperti badam, almond dan pelbagai jenis lagi kekacang.
Boleh juga digantikan dengan buahan kering seperti buah tin, pisang kaki, kismis, kiwi dan macam-macam lagi. 
Dengan menggantikan snek yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang itu cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Apapun, cuba amalkan berhenti sebelum kenyang. Bila perut rasa terlalu kenyang dan senak kita akan mudah rasa malas dan cepat letih serta mudah mengantuk. 

6. AMBIL PROTEIN YANG SECUKUPNYA KETIKA SAHUR

Menu untuk sahur boleh amalkan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ikan, telur, ayam atau daging. Cara masakkan pilih yang kurang berminyak seperti di bakar, kukus atau stim. Jika makan makanan yang berminyak ketika sahur boleh menyebabkan kita mudah haus di siang hari. Kak yun pun cuba elakkan bersahur dengan makanan yang bergoreng seperti mee goreng, nasi goreng dan lain-lain menu bergoreng. Bukan sahaja makanan yang bergoreng yang boleh menyebabkan kita mudah haus tapi makanan masin juga sama. Ketika sahur kak yun minum protein shake bagi membantu kak yun kenyang lebih lama dalam masa yang sama bertenaga sepanjang seharian berpuasa. Disamping mudah disediakan dan jimat masa untuk bersahur, tak perlu bangun terlalu awal untuk sediakan makanan sahur hehehe. 

Kak yun nak shared disini Vitamin atau 'supplement' yang kak yun ambil ketika bulan ramadhan bagi membantu kak yun kekalkan berat badan dalam masa yang sama kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Kak yun amalkan: 

HELLO NEW YOU SET SHAKLEE

Hello New Set ni apa? Hello New Set ni bukan ubat kurus ya tapi beberapa supplement yang telah dipilih yang bersesuaian dengan orang mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Dah cuba pelbagai jenis diet tapi masih tak berkesan korang kene cuba Hello new set ni.

Di dalam set ni terdiri daripada 4 jenis vitamin termasuk protein. Konsep yang shaklee gunakan dalam Set Kurus Shaklee ni ialah membuang, membakar dan membina.

i. MEMBUANG

Biasanya yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan ada mengalami masalah pencernaan atau sembelit. Bila susah nak membuang, maka banyaklah toksik dalam badan dan lemak yang terkumpul. 
Di dalam Set Kurus Shaklee ni, kami sediakan sekali produk bagi membantu masalah pencernaan atau tidak lawas iaitu HERB-LAX.
Pernah dengar tak tentang daun senna yang digunakan dalam rawatan tradisional. Daun senna ni terkenal dan digunakan kebiasaanya untuk membersihkan usus. 
Dalam herb-lax ni antara salah satu kandungannya ialah daun senna. Dengan mengamalkan herb-lax dapat membantu mengalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi terutamanya sistem pencernaan badan kita.

ii. MEMBAKAR
Supplement yang biasa terkait dengan masalah kolestrol ialah Omega-3 dan lecithin. Dalam produk Shaklee, Omega-3 kami dipanggil sebagai Omega Guard. Omega Guard shaklee ni terkenal sebagai pembakar lemak semulajadi. Apa yang membuatkan omega-3 shaklee ni lain daripada brand lain ialah ia mengandungi minyak ikan yang telah melalui proses proprietari penyulingan molekul sebanyak 3 peringkat untuk memastikan ia selamat dimakan dan tidak mengandungi bahan yang merbahaya. Sangat penting ya memilih jenis minyak ikan ni sebab tak semua brand melakukan proses penyulingan yang berperingkat banyak kali seperti shaklee ni.  

Manakala lecithin pula berfungsi sebagai mengelmusi lemak dan memastikan lemak tidak termendap didinding membran atau kulit. Berbeza dengan omega guard yang befungsi sebagai agent pembakar lemak, lecithin berfungsi sebagai agent pemecah lemak. Dimana molekul lemak akan dipecahkan kepada yang lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Nampak macam sama kan tapi rupanya berbeza fungsinya.

iii. PROTEIN

Pilihan protein yang dicadangkan Shaklee untuk membantu menurunkan berat badan ialah CINCH SHAKE PROTEIN. Pengambilan protein sangat penting terutamanya yang ada masalah berat badan yang berlebihan atau obesse dan bagi mengawal selera makan. Selain itu membantu dalam membina otot supaya bila korang dah kurus nanti, otot tak mengelebeh dan korang tidak kelihatan seperti orang sakit atau nampak berusia dari usia sebenar. 

Kenapa Cinch Shake? Ini kerana Cinch Shake mengandungi kandungan protein yang sesuai dan juga yang paling penting ada kandungan LEUCINE.
Leucine ni ialah asid amino yang membantu dalam penurunan berat badan. Dalam pemilihan produk protein pastikan produk itu adalah NON GMO dan pilih yang berasakan Soya yg organik. 

Apapun walaupun kita mengambil supplement tambahan, kita juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah sentiasa aktif, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Tidak boleh 100% bergantung pada supplement sahaja untuk kurus. 

PROMOSI HELLO NEW SET NI SEHINGGA 30 APRIL (sementara stok masih ada). Harga bukan ahli RM462.50. Jika daftar keahlian shaklee dengan kak yun set ini hanya RM405 sahaja. Mendapat penjimatan hampir RM60. Daftar keahlian Shaklee untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan pelbagai promosi yang menarik boleh KLIK DISINI.

Sekian, terima kasih kerana melawat blog kak yun. Semoga entri kak yun memberi manfaat kepada yang membaca. 

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Bisness Shaklee dalam talian boleh KLIK DI SINI [BISNESS ONLINE]

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI