AIDILFITRI 2023 MEMORI TERINDAH


Assalamualaikum 
               & 
Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙

Masing-masing masih lagi mood raya ke. Alhamdulillah pejam celik dah nak masuk 2 minggu kita berhari raya. Cepat betul masa berlalu kan. Minggu ni juga dah ramai yang sudah mula bekerja dan anak-anak pun dah ke sekolah kembali. Tapi mood raya masih on. Iyalah setelah hampir 3 tahun kita tak boleh beraya sakan disebabkan pandemik, nak beraya pun terpaksa sorok-sorok. Sejak tahun 2022 yang lepas baru lah dapat merasa raya yang meriah seperti dulu-dulu. Tahun 2021 keadaan sudah kembali seperti biasa tapi perasaan takut untuk berjumpa orang dan takut kes penularan Covid-19 meningkat kembali membuatkan kita beraya secara bersederhana. Kak yun ketika tu pun masih ada lagi perasaan takut untuk berjumpa orang disebabkan kak yun ada 2 orang anak kecil yang immune mereka masih rendah dan berisiko tinggi untuk terjangkiti. Ketika itu juga kes dikalangan kanak-kanak meningkat lebih tinggi berbanding orang dewasa. 

Paling tak boleh dilupakan apabila tahun 2022 kita diumukan dengan raya terkejut. Persiapan belum siap. Ada yang belum beli barang basahan untuk dimasak pagi raya dan ada yang masih bekerja lagi. Betul-betul raya kelam-kabut hehe.
Di tempat kak yun, pasar yang biasanya dibuka pada waktu pagi hingga tengah hari terpaksa beroperasi pada waktu tengah malam dan ada sehingga subuh. Pasar raya juga ada terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga tengah malam. Jiran mentua kak yun, di pagi raya masih sibuk mengemas rumah kerana mereka ingat lusa hari raya nya. Kami sekeluarga tidur lewat kerana menyiapkan juadah untuk pagi raya. Memang letih tapi ia suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana kak yun pertama kali merasainya. Sebelum adanya teknologi yang canggih seperti zaman sekarang ini, memang selalu nya terjadi raya mengejut. Apapun ia memberi pengalaman kepada kami untuk lebih bersedia bagi situasi seperti ini pada tahun-tahun seterusnya. 

Aidilfitri 2023 Memori terindah bagi keluarga kak yun. Setiap tahun kak yun beraya di Johor sebab kami suami isteri memang asal orang Johor. Pada tahun 2023 ni ada beberapa azam kami tertunai. Antaranya, kak yun dan suami dapat berpindah ke rumah baru dan memulakan kehidupan baru di rumah sendiri. Hampir 6 tahun kami tinggal bersama ibu bapa kami. Disebabkan ibu bapa kami berdua tinggal tidak jauh hanya berbeza kampung tapi di daerah yang sama. Jadi, kami sering bergilir-gilir. Biasanya seminggu pertama di rumah mentua, seminggu kedua di rumah ibu bapa kak yun. Begitu lah minggu-minggu yang berikutnya. 

Tapi berbeza pada tahun ni, kami perlu siapkan persiapan hari raya sendiri. Walaupun sudah berpindah ke rumah sendiri, tapi kak yun masih bersyukur kerana kediaman kak yun masih tidak jauh daripada kediaman kedua ibu bapa kami. Dapatlah kami menjenguk mereka selalu hampir setiap minggu juga lah kami menjenguk mereka. Rumah kami hampir 80% siap pengubahsuaian. Jadi tahun ni belum officially lagi, inhsaAllah tahun depan siap. Proses renovation ni pun 90% encik suami buat sendiri. Ambil masa untuk siap sebab buat suami buat seorang dan bergantung pada masa lapangnya. 

Hari Raya 2023 tahun ini pun masih menjadi debaran terutama rakyat Malaysia. 

Tahun 2021: Raya PKP
Tahun 2022: Raya Terkejut (hurry raya)
Tahun 2023: Raya macam menunggu Final Exam pula ya

Alhamdulillah hari raya tahun ini kembali seperti biasa. Walaupun daging dan ayam mentah dah dikeluarkan sehari awal takut kalut raya, selepas penguguman raya maka barang dapur basah dimasukkan semula kedalam peti ais hehehe. Masing-masing tak tentu arah selagi tak mendengarkan penguguman raya. Bila dah dapat tarikh semua tarikh nafas lega. 

Anak-anak kak yun setelah sekian lama baru lah dapat merasa raya sakan. Yelah sejak tahun 2020 kita tak dapat raya seperti biasa. Tahun ni baru lah dapat merasa. Bila dah dapat raya sakan ni sudah tentu banyak juadah yang akan kita makan. Yelah banyak rumah nak di ziarahi belum lagi jemputan ke rumah terbuka. Penuh jadual hari raya tahun ni hehehe.

Paling kak yun risau bila kita makan lebih dari 3 kali/juadah dalam sehari. Kadang-kadang hampir 6-8 juadah kak yun makan dalam sehari ketika minggu pertama raya. Perut ni masih dalam mood terkejut, mana tidaknya ketika bulan puasa kita makan juadah hanya 2 kali sehari. Tiba-tiba bila hari raya je kita terus makan lebih 5 kali sehari. 

So far, berat badan korang masih maintain atau dah mula naik. Risau ke tak risau?
Kalau berat selepas raya terus kekal hingga ke tahun hadapan dan seterusnya lagi lah kak yun risau. Apa yang kak yun cuba elakkan ketika hari raya ialah kak yun cuba elakkan minum air manis dan air karbonat. Kalau tuan rumah tu dah tuangkan kak yun hanya minum sedikit. Yelah nak menjaga hati tuan rumah terpaksalah minum juga tapi berjaga-jaga. Kalau tuan rumah hidangkan makanan kak yun akan berkongsi dengan suami atau kak yun ambil portion 1/4 pinggan je. Biskut raya pula kak yun cuba kurangkan hanya sebiji dua je sekadar rasa-rasa.

Kak yun tahu masalah kita bila hari raya ialah kita nak menjaga hati tuan rumah yang susah payah menyiapkan juadah untuk tetamunya. Nak menolak tidak tahu bagaimana. Boleh cuba tips kak yun tadi. 

Selain itu, PERSIAPAN HARI RAYA DENGAN SHAKLEE kak yun juga amalkan Set Kurus Raya Shaklee. Biasanya kak yun cuma amalkan 3 beradik ni iaitu Alfafa Complex, Omega Guard (Omega-3) dan Lecithin sahaja. Kak yun jarang amalkan Herb-Lax sebab kak yun tiada masalah sembelit. 

Set Kurus Shaklee ni kak yun dah amalkan sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah berat kak yun masih sama kecuali ketika mengandung je hehe. 

Untuk yang ada masalah sembelit, kak yun cadangkan untuk ambil Herb-Lax bagi membantu melancarkan setelah makan pelbagai juadah hari raya. Produk favorite kak yun Alfafa Complex sebab ia membantu membekalkan lebih 30 nutrient dan mineral termasuk kalsium, fosforus, besi magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin. Ia juga dapat membantu proses pencernaan. Dua produk ni bagus untuk detok.

Bagi yang risau bila hari raya kerap mengambil makanan yang berlemak dan kolestrol tinggi. Dua produk ni membantu untuk membakar dan membuang lemak dan kolestrol. Rasanya ramai dah tahu fungsi omega-3 kan. Fungsi omega guard atau omega-3 ni membantu membakar lemak dengan pantas selepas kita makan makanan yang berminyak terutamanya. Kak yun suka omega guard Shaklee ni sebab diperbuat daripada minyak ikan yang berkualiti tinggi dan melalui proses yang teliti untuk menghasilkan minyak ikan yang bebas merkuri. 

Selain itu, kak yun juga mengambil Lecithin. Fungsi lecithin ni untuk membantu memecahkan lemak dalam proses penghadaman. Lecithin Shaklee ini dihasilkan daripada Non-GMO dan sumber semula jadi kacang soya. Jadi untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak pun sesuai untuk mengamalkan 2 produk ini. 

Bagi yang ingin pulang ke kampung pada hujung minggu ini atau menziarahi saudara-mara serta sahabat sentiasa berhati-hati di jalan raya. Yang membawa anak kecil pastikan anak-anak duduk di carseat mereka untuk memastikan keselamatan mereka terjaga sekiranya berlaku perkara tidak diingin semasa dalam perjalanan. Semoga dijauhkan segala perkara yang tidak baik dan dipermudahkan segala urusan kalian. 

Walaupun dah 2 minggu kita beraya, kak yun ingin mengucapkan 

Selamat Hari Raya AidilFitri🌙
Maaf Zahir & Batin✨

Sekian, terima kasih kerana melawat blog kak yun. 

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI