MERIAHNYA HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum,

Kak yun excited nak menulis entry kali ini sebab tinggal beberapa hari lagi nak raya. Persiapan raya korang dah siap ke? Tahun 2023 ni ramai yang memilih untuk beraya secara bersederhana. Yelah kan hujung bulan lepas anak-anak baru je mula sekolah untuk penggal pertama. Perbelanjaan banyak habis untuk persiapan anak-anak sekolah. Bulan berikutnya pula nak raya. Bagi yang mempunyai anak-anak yang ramai, tahun ni agak mencabar bagi mereka. Tapi takpa bersederhana itu lebih baik kan. 

Alhamdulillah bulan ni BONUS SHAKLEE masuk awal. Dapatlah gunakan untuk perbelanjaan bagi persiapan hari raya. Syukur dengan INSENTIF SHAKLEE ni dapatlah mengurangkan beban sedikit lagi-lagi zaman ekonomi yang semakin mencabar dari hari ke hari. 

Minggu ni ramai yang sudah membuat perancangan untuk pulang ke kampung halaman. Ada yang mengambil cuti awal serentak dengan cuti sekolah yang bermula pada Rabu ni untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. 

Ada sesetengah tol highway dah mula sesak dengan kenderaan. Sebelum mula kan perjalanan pastikan keadaan rumah yang kita bakal tinggalkan dalam tempoh yang agak lama berada dalam keadaan selamat. Ini kerana kebanyakkan orang mengambil peluang untuk cuti panjang. 

Tapi sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung pastikan korang check beberapa checklist ini: 

ii. Rumah
✅Switch off peralatan elektrik yang tidak digunakan.
✅Cabut plug yang tidak perlu.
✅Pastikan tiada sisa makanan dan sampah di dalam rumah.
✅Pastikan rumah berkunci dan selamat.
✅Maklumkan kepada jiran atau komuniti persatuan yang anda balik kampung.
✅Mengisi borang kebenaran merentas daerah/negeri di balai polis terdekat. (Pada bulan April ni pihak polis mencadangkan bagi individu atau keluarga yang pulang ke kampung supaya mengisi borang kebenaran merentas daerah/negeri kalau tak silap kak yun lah. Untuk membantu polis mengesan jika berlaku jenayah di kawasan kediaman kita dan mudahlah bagi pihak mereka untuk inform jika berlaku perkara yang tidak diingini terutamanya di kediaman kita).

ii. Kenderaan (jika menggunakan kenderaan sendiri)

✅Pastikan kereta sudah dihantar ke pusat service dan diservice dengan lengkap.
✅Tayar dalam keadaan baik.
✅Isi full tank petrol siap².
✅Topup kad touch'n go/smart tag/RFID dengan amount yang mencukupi. Bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tol. 
✅ Aircond/wiper/signal dalam keadaan yang baik. Pastikan lampu belakang dan lampu brek juga dalam keadaan yang baik.
✅Sediakan payung dalam kereta. Kak yun biasa standby 2 atau 3 payung. Supaya tak kelam kabut bila hujan lebat terutamanya. 
✅Tayar spare dalam kedaan baik.
✅Kalau berkemampuan sediakan pemadam api yang bersaiz mini atau sederhana di dalam kereta. Harga yang bersaiz sederhana dalam lingkungan RM80-RM90. Kak yun beli di Home Pro dalam RM80 lebih. 

iii. Beg Pakaian

✅ Pastikan semua baju raya sudah siap dimasukkan dalam beg dan terus dimasukkan ke dalam kereta. Kak yun paling trauma kalau baju raya tertinggal hehe sebab dah tak sempat nak beli baru kalau dah sampai kampung halaman. 
✅Peralatan mandi, syampu, berus gigi dan ubat gigi sudah dimasukkan dalam satu beg khas. 
✅ Songkok/kopiah, butang baju melayu dan samping masukkan sekali dalam beg pakaian tadi.
✅ Tudung Raya, anak tudung, dan pin tudung pun sama masukkan sekali dalam beg tadi.
✅ Charger phone dan power bank.
✅ Buat list barang yang nak dibawa. Senang dah settle tick dan boleh tahu mana yang belum dikemaskan lagi.

Pengalaman kak yun, baju raya tertinggal di rumah. Dah sampai kampung baru perasan dan tak sempat nak beli yang baru sebab eaoknya dah raya. Jadi korang, kak yun cadangkan korang tak iron baju-baju dan tudung tu dulu pun takpa boleh di siapkan bila dah sampai kampung nanti. Korang tahu tak macam mana kak yun boleh tertinggal ? Kak yun sangkut baju-baju dan tudung tu di belakang pintu selepas iron lepas tu lupa nak masukkan dalam kereta hehe. Pengajarannya bila dah packing beg baju terus masukkan dalam kereta jangan ditangguh-tangguh lagi takut terlupa atau terlepaa pandang. 
 
Persiapan kak yun seperti orang lain juga. Macam biasa kemas rumah, buat kuih raya, tukar langsir raya, baju raya. Untuk baju raya dan kuih raya kak yun dah settlekan 2 minggu sebelum raya. So, lagi 2 minggu kak yun ada masa untuk kemas rumah dah fokus pada 10 malam terakhir Ramadhan. 

Rezeki kak yun dapat duduk di kawasan yang tidak jauh dari kampung halaman. Rumah mentua pun dekat-dekat je dengan rumah mak abah kak yun lebih kurang 15 minit kalau tiada kesesakan. Kalau sesak jalan lebih kurang 20-30 minit je. Biasanya kalau raya pertama memang tak pernah lagi berebut-rebut nak balik kampung siapa dulu hehe. Sebab setiap minggu kami memang akan singgah ke dua-dua rumah ni menjenguk ibu bapa kami. 

Untuk juadah hari raya kak yun gilir-gilir setiap tahun kadang-kadang malam raya kak yun dan keluarga akan balik ke rumah sebelah mak ayah kak yun. Jadi pagi raya nya kami akan balik ke sebelah keluarga suami pula. Tahun hadapan nya kami tukar kan sahaja rutin. Bila dapat pasangan yang sependapat dan memahami senang untuk berurusan. 

Perkara yang paling kak yun risau bila tiba hari raya ialah kita banyak minum air yang manis dan makan makanan yang berminyak serta tinggi kolestrol. Yelah bila kita pergi beraya ke rumah saudara-mara mahupun sahabat takkan kita nak tolak pelawaan mereka apabila mereka sudah hidangkan makanan dan minuman. Cuma kak yun akak tolak dengan baik jika tuan rumah hidang air yang berkarbonat atau 'bergas'. Jika air manis kak yun akan minta dituangkan airnya hanya separuh gelas sahaja. Di dalam beg kak yun akan standby air mineral dalam botol. Kak yun memang kurang gemar minum air manis. Hampir setengah tahun kak yun dah cuba untuk Cut Sugar dengan bantuan produk supplement dari Shaklee. 

Lupa nak bagitahu persiapan HARI RAYA DENGAN SHAKLEE wajib ada performance drink ni kena masuk dalam checklist balik kampung juga tau lagi-lagi yang kampung jauh ambil masa 5 jam atau lebih masa perjalanan. Kalau combine dengan Cinch Tea lagi bagus. Sebab ia akan bantu kita stay fokus terutama yang incharge memandu nanti. Daripada minum kopi atau mengunyah gula-gula untuk mengurangkan ngantuk, kak yun suggest korang bancuh dua beradik dalam satu botol dan letak dalam kereta sebelum memulakan perjalanan. Kalau bergerak selepas subuh, boleh minum semasa sahur. Sangat-sangat membantu menyegarkan mata ni paling penting boleh stay fokus. Bila perjalanan jauh ni kalau boleh nak kurangkan singgah di R&R sebab keadaan yang sesak terutamanya musim perayaan ni. Kalau korang minum kopi untuk kurangkan ngantuk, kopi tu akan buatkan korang mudah rasa nak terkucil ya lagi-lagi kaum lelaki. So yang sejenis cepat rasa terkucil tu cuba try minum performance drink dan Cinch Tea. 

Nak shared di sini antara yang paling membantu kak yun dalam menjaga diet ialah Set Kurus Shaklee. Alhamdulillah hampir 8 tahun berat badan kak yun masih kekal sama iaitu 51-52 Kg untuk ketinggian 163 cm. Berat hanya naik bila kak yun mengandung itu pun tidak lebih 59 kg. Misi kak yun ialah mahukan BMI yang seimbang dan sihat termasuk kadar kolestrol yang tidak terlalu tinggi. Ramai testimoni KURUS DENGAN CEPAT yang kami perolehi dengan Set Kurus Shaklee.

Mereka ni semua adalah testimoni yang sebenar dan pernah mengalami berat badan yang berlebihan atau obesiti. Bila berat badan kita tidak seimbang, kita akan rasa tidak selesa, mudah stress, cepat letih, cepat lesu dan kelihatan lebih berusia dari usia sebenar.

Mereka ni semua juga adalah SID maksudnya produk Shaklee yang mereka jual itu juga mereka consume sebagai testimoni sebenar. Dan kebanyakkan SID mereka berasal dari pengguna tegar yang kemudian bertukar menjadi distributor Shaklee kerana keberkesanan dan kualiti produk-produk Shaklee yang mereka rasa rugi jika tidak dikongsikan manfaatnya pada orang lain.

Jadi, sempena Syawal yang bakal tiba ni kak yun mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga berat kak yun supaya tidak naik semasa raya nanti, kak yun memilih untuk persiapkan Supplement Raya sekali untuk keluarga kak yun. Bila jaga pemakanan dan kawal berat badan, kita akan kelihatan lebih sihat, cergas dan nampak lebih muda hehe.
Untuk raya kali ni kak yun akan standby 3 set produk Shaklee iaitu Set kurus Shaklee, Set Vitamin Kulit dan Set Get Clean. Kebetulan Set VITAMIN KULIT ni ada promosi khas sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Untuk anak-anak kak yun akan pastikan mereka mengambil Hero Kiddo setiap hari terutamanya bila hari raya nanti untuk kuatkan antibody mereka. Yelah raya nanti kita akan berjumpa dengan ramai orang yanh kita tidak pasti akan keadaan mereka. Kak yun dapat tahu kes Covid-19 pun dah mula meningkat sejak akhir-akhir ni. Sebagai langkah berjaga-jaga kita kuatkan immune seisi keluarga. 

Apabila tiba hari raya terutamanya 2 minggu pertama, kita akan mudah mengalami sembelit. Ini kerana kita akan bertukar rutin makanan daripada 2 kali sehari menjadi lebih 3 kali sehari. Perut pun terkejut hehehe
Sebab tu kak yun akan teruskan pengambilan Set Kurus Shaklee.

Untuk yang ada masalah sembelit boleh cuba Herb-Lax untuk membantu melawaskan sistem pencernaan kita. Dalam herb-lax ni ada daun senna yang memang bagus untuk usus. Selain itu, lecithin dan omega juga bagus untuk memecahkan dan membakar kolestrol. Biasanya kak yun akan consume dua beradik ni selepas makan makanan yang berminyak dan tinggi kolestrol. Sangat membantu untuk turunkan paras kolestrol. Kak yun taknak ada masalah jantung dan darah tinggi bila masuk umur 40-an nanti. Lebih baik cegah dari awal.

Bukan apa bila raya, memang susah nak jumpa makanan yang betul-betul sihat ketika ziarah menziarahi. Nak menjaga hati tuan rumah, dari jamah sedikit tanpa kita sedari menjadi sepinggan dua hehehe
Ini baru satu rumah, kalau sehari kita mengunjungi lebih dari 4 buah rumah dah berapa juadah kita telah menjamah. Ini adalah reality hari raya, seperti pesta makanan. Nak buat macam mana orang kita memang suka menjamu tetamunya denga juadah yang pelbagai. 

Yang ramai adik beradik dan sedara mara tu, rumah pasti dikunjungi selalu oleh mereka. Tapi dalam hati risau adakah rumah kita sudah cukup bersih dari virus dan bakteria selepas tetamu pulang. Kak yun kebiasaannya akan sanitize rumah kak yun dengan Basic-H yang beyond organic. Selamat untuk anak-anak kecil kak yun. Mainan mereka pun kak yun sanitize dengan basic -H ni.

Basic-H ni kak yun akan bancuh 2-3 titis bersama air dalam normal size botol spray yang kak yun beli di Mr Diy. Bila mop lantai pun kak yun akan bancuh air basuhan tu bersama basic-H setitis dua. Berbaloi sebab memang bersih rumah dan paling penting bebas bahan kimia. Sebotol tahan hampir setahun. Kak yun memang akan standby basic-H ni di rumah parents dan juga mentua sekali. 

Paling last persediaan hari raya bersama Shaklee ni ialah skincare Youth. Nak bagitau ni skincare Youth tengah ada promo bulan April 2023 ni sempena hari raya yang bakal tiba. Disini kak yun nak shared promo-promo Youth.
Kak yun start pakai skincare Youth pada tahun lepas 2022. Lepas pakai terus jatuh cinta sebab texture yang gentle sangat sesuai dengan kulit sensitif and yang paling penting jimat sangat. Sebagai contoh night cream ni boleh tahan hampir 8 bulan tau. Bahan-bahan yang digunakan beyond natural maksudnya organic dan bebas 2,500 bahan kimia dan paraben. Mana nak cari skincare yang macam ni kan dengan harga yang sangat berpatutan. Ni tengah promo lagi lah murah.
Itu sahaja entry kak yun tentang persiapan hari raya kali ni bersama Shaklee. Sihat dan cantik bermula dari penjagaan dalaman dan luaran. Nak sihat dan nampak muda jaga pemakanan bermula dari sekarang. Sebelum kak yun akhiri entri kali ni, kak yun nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Kak yun susun sepuluh jari sekiranya tersilap atau terkasar bahasa. 

Berhati-hati di jalan raya semoga perjalanan korang dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Selamat bercuti.

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Semoga bermanfaat 

_____________________________________________

Perlukan bantuan/pertanyaan?
Hubungi Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI