KATA-KATA MOTIVASI MAKANAN JIWA


Pasti kita pernah merasa down, stress, hilang keyakinan diri. Kecewa dengan kehidupan dan sikap orang sekiling yang kadang-kadang menguris hati dan tanpa sedar kita rasa diri ini tak berguna lagi. Korang pernah ada tak perasaan macam ni tak kira lah sewaktu zaman kanak-kanak mahupun ketika sudah dewasa serta dah berkeluarga. 

Bila wujud perasaan dan fikiran yang negatif ni, cepat-cepat cari KATA-KATA MOTIVASI yang boleh menaikkan semula semangat dan bangkit menjadi yang lebih baik. 

Menurut Harian Metro hampir setengah juta penduduk di negara kita mengalami masalah kemurungan. Hasil kajian berdasarkan Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah mental. 

Kajian NHMS pada tahun 2017 mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja yang berusia lingkungan usia 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan trend sebanyak 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada tahun 2010.

Sangat membimbangkan apabila kita tidak cakna akan kesihatan mental orang sekeliling kita terutamanya ahli keluarga kita. 
Kak yun nak shared beberapa kata-kata MOTIVASI yang boleh diamalkan dan dikongsi dengan orang sekeliling yang mungkin tengah mengalami stress atau down

1. Anda bukanlah pemula selama-lamanya tapi pejuang selama-lamanya.

2. Kehidupan dan kejayaan bukanlah suatu perlumbaan tapi ia adalah perjuangan.

3. Jika anda berada di penghujung tali dan tiada tempat bergantung, lompatlah pada tali lain yang lebih kukuh. 

4. Anda tidak akan kenal diri melalui kejayaan dan kesenangan tetapi anda akan kenal diri melalui kegagalan dan usaha. 

5. Di saat anda hilang semangat. Fikir semula kenapa anda mulakan. 

6. Kurangkan mengeluh apa yang kita belum capai, tetapi syukuri dengan apa yang kita sudah dapat dan nikmati.

7. Semangat tidak akan hilang jika hati, jiwa dan fikiran tidak berpaling.

8. Buruknya mengenai masa adalah ia terus berlalu. Tapi baiknya masa adalah kita yang menetukan arahnya.

9. Mulut orang tidak boleh ditutup tetapi boleh diubah dengan kejayaan dan tindakan kita.

10. Tanpa kesilapan, anda tidak berada di tangga kejayaan. 

11. Lihat apa yang ada dihadapan dengan pandangan luas dan bersemangat. Lihat ke belakang hanya akan mematahkan semangat dan menyempitkan usaha.

12. Belajar sesuatu, buat dahulu. Bukan belajar semua tapi satu pun tak terbuat.

13. Jika masa boleh dibeli, pasti ramai yang berebut untuk membelinya. Ini kerana masa tidak akan pernah cukup jika tidak pandai menguruskannya.

14. Kerjalah bersungguh-sungguh seperti anda akan hidup selama-lamanya.

15. Ketenangan tidak boleh diatasi dengan kemarahan tetapi boleh diatasi dengan kemaafan.

16. Kejayaan yang sebenar adalah apabila anda mampu menjadikan orang lain turut berjaya bersama anda. 

17. Letaklah matlamat dan perancangan kamu walau sekecil mana pun ia. 

18. Galilah telaga sebelum kehausan. Sedarilah sesuatu perkara sebelum mendapat kesan. 

19. Masa depan itu dibeli dengan masa sekarang. Sekarang akan menetukan masa depan seseorang.

20. Jangan fikir apa yang telah terjadi tetapi fikirlah apa yang bakal terjadi. 

Kak yun tertarik dengan satu perkongsian dari Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah beberapa TIPS UBAH KEHIDUPAN KE ARAH LEBIH POSITIF


1. Jaga hubungan dengan Tuhan.

Hubungan dengan tuhan adalah bersifat spiritual dan juga menjadi makanan kepada hati. Sebagai umat Islam, cuba perbaiki solat 5 waktu supaya tertib dan solat diawal waktu kerana ia menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian.

2. Bangun awal pagi

Cuba tidur awal untuk mudah kita untuk bangun awal pagi. Bangun lebih awal dari kebiasaanya sebagai contoh pukul 4.30 pagi atau 5 pagi sekiranya kita selalu bangun pukul 6 pagi. Bila bangun awal, waktu kita lebih produktif dan tersusun. Disamping itu, kita juga dapat beribadah (solat tahajjud, berzikir) dan membaca (membaca al-Quran atau membaca buku-buku motivasi)

3. Jaga hubungan dengan orang sekeliling.

Kita ni manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan tidak kira kelakuan mahupun percakapan. Tak salah untuk kita memohon maaf dengan orang tersayang terutamanya ahli keluarga. Kerap bertanya khabar dengan ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat rapat yang jauh. 

4. Amalkan cara hidup yang minimalis.

Kadang kita suka beli barang-barang yang bukan keperluan tapi kehendak. Rumah penuh dengan barang yang jarang dipakai kadang-kadang tak pernah digunakan langsung. Sebagai contoh pakaian. Bagi suri rumah, ini adalah satu perkara yang membebankan apabila terlalu banyak perabot atau barang-barang yang tidak digunakan terlalu banyak di dalam atau di sekililing rumah. Sebab bila terlalu banyak barang, pekerjaan mengemas memang tidak pernah habis. Bila jadual padat dengan mengemas, kita jadi penat dan bila badan letih serta terlalu penat mulalah kita jadi mudah emosi. Jadi, cuba kurangkan barang-barang yang tidak diperlukan di rumah sebagai contoh baju-baju yang tidak dipakai lagi tapi masih dalam keadaan elok boleh lah dijual sebagai pre-loved item atau disedekahkan pada yang memerlukan

5. Jadikan rumah lebih nyaman dan tenteram.

Pastikan rumah sentiasa dalam kedaan bersih dan selesa. Selain itu, pastikan juga rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah jangan bertangguh, dan bersihkan tandas selalu. Bila rumah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selesa, kita rasa aman dan tenang bila berada di rumah. 

6. Ubah persepsi bila berhadapan masalah.

Tukar cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Terus cari jalan penyelesaian walaupun susah untuk jumpa jalan penyelesaiannya jangan putus asa. 

7. Semak semula dengan siapa kita bergaul.

Orang disekeliling mempengaruhi pemikiran kita. Lihat circle kamu, apabila toksik keluarlah segera. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Carilah mereka yang sentiasa memberi inspirasi dan dorong kamu kearah kebaikan. 

8. Jaga kesihatan mental dengan baik.

Kurangkan 'overthinking' kerana ia tidak bagus untuk kesihatan mental kita. Bila kita kerap overthinking ia akan membuatkan kita kerap memikirkan perkara-perkara negatif. Lebih baik kita gunakan minda kita untuk berfikir tentang kebesaran Allah dan perkara-perkara yang dapat mendatangkan kebaikan pada diri serta sekeliling kita. 

9. Cari hobi yang mampu menaikkan semangat.

Setiap orang pasti ada hobi atau minat akan sesuatu. Untuk menjadi lebih positif cuba cari hobi yang boleh membuatkan kamu bersemangat setiap hari. Walaupun apa pun keadaan kamu, penat atau sakit sekalipun kamu tetap bersemangat nak buat.

10. Manfaatkan minat dengan menjadikannya sebagai kerja sampingan.

Setiap orang pasti ada minat akan sesuatu seperti menjahit, mengait, memasak dan sebagainya. Asah bakat dan skill kamu supaya kamu dapat menghasilkan pendapatn sampingang dengan minat kamu. Walaupun suri rumah tapi kita juga boleh buat bisness untuk dapat duit poket kita sendiri. Cuba jadi suribisness yang berduit walaupun hanya suri rumah. Mungkin ini dapat mengubah persepsi bahawa suri rumah bukan sekadar duduk rumah dan menghabiskan duit suami. 

11. Didik diri jadi pemaaf.

Kita manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri sendiri dan orang sekeliling. Belajar untuk move on dari kisah silam. Setiap hari adalah hari yang baru untuk kita perbaiki diri dan belajar dari kesilapan lalu. 

12. Dekatkan diri dengan alam semulajadi.

Hujung minggu ajak ahli keluarga pergi beriadah. Tak perlu ke tempat-tempat yang fancy atau mewah untuk tenangkan fikiran. Pergi ke tempat-tempat yang indah dan tenang seperti tepi pantai, mandi-manda di air terjun, berkhemah dan pelbagai lagi aktiviti riadah yang dapat tenangkan fikiran dari urusan harian yang sibuk setiap hari. Hutan dan alam ada ion yang dapat menetrulkan ion negatif dalam badan kamu. 


Apabila dewasa ini makin banyak liku-liku kehidupan, cabaran, perit dan manis dalam membentuk diri menuju ke arah yang lebih baik

Sentiasa cakna akan masalah kesihatan mental orang sekeliling kita terutamanya ahli keluarga. Semoga aura positif dapat turut serta tersebar di sekeliling apabila kita sentiasa berfikiran positif. Terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Semoga membantu dan memberi manfaat kepada anda.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam
#katakatamotivasi
#motivasi
#katakatasemangat


References:


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI