HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK


Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙

Masih lagi di mood raya walaupun 2 minggu lebih sudah kita menyambutnya. Kebiasaaannya pada minggu ke-2 dan seterusnya kita dipenuhi dengan acara MARHABAN RAYA dan HARI RAYA OPEN HOUSE.

Di kawasan kampung dan daerah kecil, kebanyakkan penduduknya masih mengamalkan Marhaban Raya. Di kawasan perumahan kak yun pun masih mengamalkannya setiap tahun bertujuan untuk berkenalan setiap keluarga dan mengeratkan silaturahim sesama penduduk di sini. Iyalah ketika hari raya je rumah rumah-rumah terbuka untuk dikunjungi dan waktu ini sahaja kita dapat mengenali dengan lebih dekat jiran-jiran yang jauh sedikit dari rumah kita. 

Pengalaman kak yun ketika kecil, paling suka dengan acara marhaban raya ni sebab dapat kumpul banyak duit raya hehe. Sehari dapat menziarahi lebih 4 buah rumah pun dah rasa seronoknya. Jumpa pelbagai jenis hidangan dan biskut raya. Setiap rumah tersedia pelbagai jenis juadah mengikut citarasa tuan rumah. 

Zaman kak yun kecil, tradisi marhaban raya ni hampir setiap kawasan perumahan dan kampung diadakan acara ni biasanya pada minggu kedua dan seterusnya. Tapi sejak tahun 2010, kak yun perasan tradisi ni makin berkurangan di amalkan dan susah untuk dijumpai. 

Acara Marhaban Raya ini kebiasannya di adakan pada waktu petang atau malam bergantung pada sepakatan penduduk di kawasan itu. Setiap rumah akan menyediakan juadah dan air minuman. Bergantung pada kerajinan tuan rumah juga hehe. Acara ini akan dimulakan dengan perarakkan menziarahi rumah-rumah peserta di dalam satu kumpulan besar yang terdiri daripada semua keluarga di kawasan kampung atau perumahan yang menyertainya. Apabila tiba di suatu rumah, mereka akan berselawat beramai-ramai.

Apabila selesai berselawat, ketua rombongan akan membacakan doa untuk kesejahteraan tuan rumah dan keluarganya. 

kredit photo selawat dan doa: surau assyakirinsb.

Usai doa, tuan rumah akan menjemput semua tetamu untuk menjamu selera. Kebiasannya setiap ziarah akan diberi tempoh masa lebih kurang 15-30 minit bergantung pada berapa rumah yang akan diziarahi pada hari tersebut. Ketika ini, setiap orang akan berkenalan sesama mereka. Keluarga yang baru berpindah di kawasan itu kebiasaanya akan menjadi tumpuan orang. Soalan lazim yang ditanya, asal dari mana, sudah berkahwin/anak berapa orang, sebelum ini duduk dimana, pekerjaan apa, dan pelbagai soalan lagi untuk mengetahui latar belakang penduduk baru mereka. 
Kak yun berasa beruntung kerana dikawasan perumahan kak yun masih mengamalkan acara ini setiap tahun. Kebanyakkan yang menyertai acara ini adalah dikalangan pemilik rumah dan penyewa rumah jarang-jarang sekali untuk menyertainya. Tahun ini hanya 10 buah rumah/keluarga yang menyertai acara marhaban. InshaAllah tahun hadapan akan meningkat jumlah yang menyertainya. Ini kerana, masih ada beberapa rumah yang belum ada penghuni dan selebihnya adalah penyewa dan pemilik bukan beragama Islam. Setelah hampir 10 tahun lebih kak yun tak menyertai acara marhaban ni, ini pertama kali setelah bekeluarga dapat menyertainya semula. Mengimbau Memori Aidilfitri ketika zaman kecil-kecil dahulu. Suami kak yun kata, dia ketika zaman kecil sering mengikuti acara marhaban termasuk ke taman-taman lain yang bukan kawasan kediaman dia. Biasalah budak-budak tujuan utama mereka adalah untuk mengumpul duit raya sebanyak yang boleh dalam masa yang sama mengumpul geng mereka hehe. 

Berbeza dengan Hari Raya Open House atau Rumah Terbuka Aidilfitri, dimana acara ini lebih terbuka kepada orang ramai, kenalan rapat, saudara-mara dan jiran tetangga tanpa berbilang kaum. Manakala Marhaban Raya hanya tertumpu kepada kejiranan yang beragama Islam sahaja. Keduanya ada keistimewaan dan keseronokkan yang tersendiri. Untuk Open House Aidilfitri juga kebiasaanya diadakan pada Hari Raya Aidilfitri tidak kira dibandar atau didesa. Acara ini lebih meriah kerana jumlah pengunjung lebih ramai dan berbilang bangsa dan agama. Makanan yang disediakan ketika jamuan rumah terbuka ini juga meriah. Pelbagai jenis juadah hari raya yang disediakan. Menu paling wajib yang ada ketika open house ialah ketupat/nasi impit, rendang, dan sate. Setakat 20 Syawal ini sudah berapa banyak open house yang korang dah kunjungi? Kak yun baru 1 kali open house dan 1 kali marhaban. 

Bagi pengemar makanan paling seronok mengunjungi rumah terbuka ini. Hari raya open house diadakan sama juga seperti marhaban raya yang bermula pada minggu kedua dan seterusnya. Cuma waktu sedikit berbeza. Marhaban kebiasannya diadakan pada waktu malam selepas magrib. Manakala hari raya open house diadakan tidak kira waktu, ada yang pagi, tengah hari, petang atau malam. Para pengunjung juga dari merata tempat, ada yang datang dari negeri atau daerah serta desa lain. 

Memang rambang mata melihat juadah yang tersedia ketika mengunjungi hari raya open house ni. Fuhh menguji iman kak yun tiap kali mengunjungi open house. Nasib baik setiap kali tiba hari raya kak yun memang akan menyambut HARI RAYA DENGAN SHAKLEE
Bukan apa menyambut hari raya pun kena beringat juga akan kesihatan. 

Kak yun tidak hanya fokus pada menjaga berat badan semata-mata tapi fokus juga pada menjaga tahap kesihata. Beringat sebelum terkena, kalau sudah terkena menyesal tiada gunanya. Jadi ketika menjamu selera ketika menghadiri jamuan rumah terbuka hari raya sentiasa lah beringat-ingat. Janganlah kita makan sehingga terlalu banyak dan perut terasa sangat senak/penuh. 

Yang sudah mulakan diet IF dan puasa sunat kak yun ucapkan tahniah. Puasa sunat Syawal kak yun pun baru separuh. Ada lagi 3 hari yang perlu dilunaskan sebelum Syawal berakhir.

Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat blog kak yun. Selamat Hari Raya 🌙✨

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:



Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI