VAKSIN PNEUMOCOCCAL PERCUMA KKM UNTUK KANAK-KANAK YANG LAHIR TAHUN PADA 2018 DAN 2019
Rasanya ramai lagi parents yang belum mengetahui tentang vaksin Pneumococcal PERCUMA yang baru diumumkan pada 31 Mei 2023 yang lalu oleh Menteri Kesihatan kita. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM melancarkan CHUP bagi mengotimumkan perlindungan terhadap penyakit Pneumokokal Invasif dalam kalangan kanak-kanak. Vaksin ini akan diberikan secara percuma bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 yang belum pernah menerima vaksin pneumokokal sahaja. Pemberian vaksin ini bermula pada 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.
✅ Lahir pada diantara 1 Jan 2018 hingga Dec 2019
✅Tidak pernah mengambil mana-mana vaksin Pneumococcal di mana-mana fasiliti atau klinik swasta sebelum ini.
✅ Perlu ada Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak 0-6 tahun (bagi yang lahir di hospital kerajaan) dan Rekod Imunisasi (bagi yang lahir di hospital/klinik swasta)
Tempoh Masa:
1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024
Cara membuat tempahan:
➡️Membuat tempahan secara walk-in di mana-mana Klinik Kesihatan KKM
Atau
➡️Membuat temujanji melalui applikasi Mysejahtera
Kak yun baru je menghantar bang long minggu lepas. Rezeki bang long dapat immunisasi percuma. Sebelum ni kak yun ada survey beberapa fasiliti swasta yang menyediakan service untuk vaksin pneumococcal ni dan korang tahu tak rata-rata harga lebih kurang RM170 ke atas untuk 1 dose dan anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 dose.
Jadi bagi anak-anak yang belum dapatkan vaksin cepat-cepatlah booking ya. Rugi sangat-sangat.
#ceritakakyun
#blogmega
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleemelaka
#pengedarshakleeayerhitam
#pengedarshakleesungairambai
Comments
Post a Comment