TIPS KERJA DARI RUMAH


Suasana bekerja di pejabat dengan KERJA DARI RUMAH atau 'Work From Home' sangat lah berbeza. Walaupun ada yang kata tidak jauh beza sangat kedua-dua situasi ini tapi bagi yang sudah ada pengalaman kedua-duanya sudah pasti boleh merasakan perbezaan yang sangat ketara. Di tempat pejabat, suasana lebih teratur dan kurang gangguan disebabkan persekitaran dan orang-orang atau rakan pejabat yang memang niat datang ke pejabat untuk siapkan tugasan kerja. Bagi yang sudah mempunyai anak, mereka akan meletakkan anak mereka di tempat asuhan atau taska sehingga selesai waktu kerja jadi ia tidak menganggu jadual bekerja. 

Berbeza pula dengan suasana bekerja dari rumah yang mempunyai lebih banyak gangguan. Ini termasuk gangguan dari hal-hal peribadi iaitu anak-anak, memasak, mengemas rumah dan lain-lain. Semenjak pandemik dan negara kita terpaksa menjalani PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), banyak syarikat termasuk universiti, sekolah-sekolah dan tadika terpaksa di tutup serta mereka terpaksa mengarahkan para pekerjanya bekerja dari rumah, bagi yang perlu sahaja barulah datang ke tempat kerja. Ada yang lihat work from home ni kelihatan lebih mudah kerana tidak perlu datang ke pejabat dan bersesakan menghadap kesesakan lalu lintas. Bagi yang bujang, bekerja dari rumah juga membuatkan fokus mereka mudah lari dan kurang motivasi untuk menjadi produktif berbanding jika bekerja di pejabat. Sedikit sebanyak produktiviti kerja akan terganggu. Seterusnya, membuatkan kerja tertangguh dan semakin hari semakin kerja sehinggakan terpaksa bekerja hingga lewat malam. Tidak dinafikan ia bukan suatu perkara yang mudah untuk kekal fokus apabila bekerja dirumah. 

Ini yang kak yun shared untuk entri kali tentang tips Kerja dari rumah. Nampak mudah tapi boleh jadi rumit jika kita tiada perancangan yang betul. Kak yun akan shared beberapa tips terutama kepada yang sudah bekeluarga, tapi kalau masih bujang pun boleh je nak mencubanya. 

Tips Kerja Dari Rumah

1. Sediakan ruang untuk bekerja

Bagi yang perlu mengikuti mesyuarat secara dalam talian pasti perlukan suasana yang tenang dan bebas dari gangguan lagi-lagi yang mempunyai anak kecil sudah tentu tidak mahu diganggu oleh mereka ketika mesyuarat berlangsung. Jadi pastikan terdapat bilik khas untuk anda bekerja dan maklumkan kepada anak yang anda tidak boleh diganggu pada waktu-waktu tertentu kecuali jika berlaku kecemasan. Bagi yang mempunyai anak-anak yang berusia 2 tahun ke bawah yang perlukan pantauan ibu bapa, boleh letakkan disatu bilik khas yang bebas dari barang-barang berbahaya dan sediakan mereka dengan mainan yang selamat untuk dimain tanpa pantauan. Jika ada suami dirumah boleh minta kerjasama suami untuk menjaga anak ketika ada sedang mesyuarat. 

Dengan adanya small office dirumah ini sebenarnya dapat membantu untuk memberikan kita mindset yang positif untuk menyelesaikan tugasan dengan lebih ekfisen dan teratur mengikut jadual atau rutin kita. 

2.  Minta kerjasama suami 

Minta kerjasama suami untuk sama-sama melakukan tugasan dirumah. Sebagai contoh, menjaga anak-anak, basuh kain, sidai pakaian, lipat baju, sapu sampah, memasak dan sebagainya. Mungkin boleh membuat jadual mingguan bersama suami untuk giliran melakukan tugasan rumah. 

Apabila ada kerjasama bersama-sama suami, tugasan dirumah lebih mudah dan jimat masa untuk diselesaikan berbanding melakukannya semua sendiri. Adalah bonus jika suami pandai masak boleh bergilir-gilir untuk tugasan masak dan si isteri boleh melakukan tugasan lain pula. Bila dah berkahwin ni kedua-dua pasangan perlu ada sikap bertanggungjawab untuk sama-sama membantu dalam melakukan apa-apa sahaja dan bila suami meletakkan semua tugasan dirumah diatas bahu si isteri sahaja, maka si isteri pun mudah jadi moody, kerja tidak teratur, mudah sensitif dan banyak lagi. Minta suami untuk sama-sama melakukan tugasan dirumah supaya masing-masing ada rasa tanggungjawab dan memudahkan semua urusan dirumah tanpa ada yang rasa kecil hati dalam diam.

3. Bangun awal waktu

Jika kebiasaanya kita bangun pada pukul 6.00 pagi, untuk rutin yang baharu cuba set kan lebih awal dari biasa iaitu sejam atau 2 jam lebih awal. Bila bangun lebih awal, kita rasa lebih bersemangat untuk menempuh hari tersebut. Pekerjaan dapat diselesaikan on time dan lebih teratur. Malah bagi yang muslim, kita dapat mendekatkan diri kepada Tuhan sebelum memulakan hari tersebut. 

Berbanding jika kita bangun pada cukup-cukup masa atau lewat, jadual akan lebih padat dan akan menjadikan rutin sedikit huru-hara berbanding jika bangun lebih awal. Ini kerana waktu yang ada untuk menyelesaikan tugasan dan kerja hakiki hanya cukup-cukup masa sahaja dan bila tidak cukup waktu terpaksa lanjutkan waktu untuk menyiapkan tugasan sehingga lewat malam, terlebih waktu bekerja pula dan tiada waktu untuk berehet. Bila tiada waktu rehat, mula lah kita rasa tertekan.

4. Rancang Jadual Harian

Rancang jadual atau rutin hari-hari bekerja walaupun bekerja dari rumah. Hal ini kerana, apabila seseorang itu sudah merancang dan ikut perancangan yang dilakukan, semua pekerjaannya akan berjalan dengan mudah dan selesai mengikut jadual yang dirancang itu. Selain itu, dengan rancang jadual juga dapat membantu seseorang itu untuk kekal fokus serta dapat membahagikan masa sebaiknya. 

Bagaimana untuk merancang jadual? Terpulang pada individu kerana terdapat pelbagai kaedah dan cara yang boleh digunakan. Antaranya membuat senarai atau to do list tentang aktiviti, tugasan, dan apa-apa sahaja yang hendak dilakukan dan diselesaikan pada hari tersebut. Kak yun lebih gemar membuat to do list kerana ia mudah untuk kak yun kenal pasti setiap tugasan yang perlu dilakukan dan apabila selesai hanya perlu tick sahaja dan fokus pada yang belum selesai pula. Bila dah selesai kesemuanya hati dan fikiran rasa tenang dan lega. 

Jika sudah membuat sesuatu senarai tugasan atau rutin, kalau boleh jangan lah tukarkannya sesuka hati mengikut mood kita kerana ia boleh menjejaskan prestasi dan kualiti kerja kita. Walaupun bekerja dari rumah, terutamanya si ibu yang mempunyai anak-anak kecil jangan membuat itu sebagai alasan untuk menangguh tugasan kerja kita. Perlu terapkan displin pada diri. Perkara ini dapat membantu anda daripada seorang yang kelam kabut menguruskan hal rumah tangga dan kerja menjadi kepada seorang yang lebih teratur dan tenang. 

5. Didik anak-anak untuk memahami diri anda

Gunakan gaya pendidikan kanak-kanak yang betul terutamanya dari segi komunikasi. Bercakap dan terangkan dengan cara yang baik dan mudah difahami anak-anak supaya anda dapat memenuhi kehendak anak-anak dan anak dapat memberikan kerjasama serta mengetahui tugas anda. 

Untuk mengelakkan anak-anak mudah berasa bosan ketika anda sibuk dengan kerja hakiki, mungkin anda boleh mempelbagaikan aktiviti di rumah. Jika rumah ada extra bilik atau ruang kosong yang tidak digunakan, anda boleh menggunakan kreativiti dengan menjadikan ruang atau bilik tersebut sebagai ruang untuk anak-anak melakukan aktiviti seperti ada ruangan membaca yang disediakan buku-buku menarik minat mereka, atau ada disediakan alat permainan yang boleh menguji kepintaran minda mereka. Jadi, bila mereka sibuk dengan aktiviti-aktiviti mereka sudah pasti anda tidak akan diganggu ketika sedang bekerja. 

6. Berehat Seketika

Bekerja dirumah membolehkan anda mempunyai waktu yang lebih flexible. Maksudnya jika tugasan dan kerja dapat diselesaikan dengan segera, anda dapat tutup pejabat lebih awal. Atau jika kerja terlalu banyak, anda boleh menyusunkan jadual dengan menyelitkan waktu untuk berehat seperti rehat 15 minit untuk regangkan badan. 

Jika kita terlalu fokus dan melihat skrin komputer terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan terutamanya pada kesihatan mata. Berehat seketika dengan memandang pada persekitaran luar atau melihat objek-objek jauh untuk menghilangkan stress pada mata.

Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Semoga tips kak yun dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian Shaklee boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

VITAMIN KULIT HARGA RAHMAH