TIPS TRAVEL DIY


TIPS TRAVEL DIY yang kak yun nak shared kali ni sesuai untuk semua kaki travel tidak kira travel jenis backpakers, DIY, mahupun secara berkumpulan. 

Ada orang yang nak travel atau pertama kali nak travel tapi tak tahu bagaimana nak mulakannya. Ni yang kak yun shared beberapa tips travel untuk korang. Sebelum kita nak memulakan travel atau melancong kita haruslah membuat persiapan terutamanya dari segi kos sepanjang perjalanan. Kos ini hanya anggaran dan perlu standby emergency. 

Antara kos yang perlu dimasukkan dalam list travel termasuklah:

1. Destinasi Travel

Kebiasaanya sebelum memulakan travel, kita dah ada planning untuk ambil cuti dan sebagainya. Tetapkan berapa tempat yang anda nak lawati ketika melancong ke sesuatu destinasi. Sebagai contoh kak yun ingin melancong ke Phuket selama 3 hari 2 malam, untuk hari pertama kak yun akan setkan masa dan limit berapa tempat yang kak yun boleh lawati. Buat list siap-siapa supaya dapat tahu bajet setiap hari ketika melancong nanti. 

Cari tempat-tempat yang menarik. Cuba buat research dan ulangkaji melalui facebook, website dan pelbagai lagi platform tempat-tempat yang anda ingin lawati. Anda boleh mencari di website, youtube atau mana-mana platform dengan spesifik keyword (kata kunci) seperti tempat menarik, best place to visit, best travel destination, attraction dan pelbagai lagi. Kak yun cadangan anda gunakan kata kunci dalam bahasa Inggeris disebabkan kebanyakkan blogger atau youtuber mereka lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dan mudah untuk kita buat research kerana lebih banyak pilihan dan cadangan yang kita akan dapat. 

Mulakan di sekitar airport dulu sekiranya anda ingin teruskan explore sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang atau sekiranya anda memilih untuk berehat dulu, pilih tempat-tempat menarik disekitar hotel atau tempat penginapan anda dulu sebagai list pertama. Ini kerana tempoh perjalanan sebelum tiba amat memenatkan lagi-lagi yang membawa anak-anak kecil bersama. Kita perlukan refresh dan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang baru. 

2. Pengangkutan

Pengangkutan ini termasuklah tiket penerbangan, train, feri atau bas, semua jenis pengangkutan yang anda akan gunakan untuk sampai ke destinasi. Tetapkan berapa jumlah hari sewaktu keberadaan disana. 
Sekiranya anda membeli tiket sehala dan tiada tiket balik, ada sesetengah negara ingin anda menunjukkan bukti tarikh masuk dan keluar sempadan. Jadi, anda perlu kemukakan bukti perjalanan seterusnya. 

Ini sangat penting bila anda berada di negeri atau negara orang yang ada belum biasa pergi. Anda kena listkan senarai pengangkutan yang bakal anda gunakan untuk memastikan anda mengikut planning perjalanan sepanjang melancong. Jangan lah dah sampai sana baru nak buka google. Kalau ada masalah line atau networking akan membuat keadaan jadi kelam kabut dan susah nanti. 

Pastikan pengangkutan yang bakal digunakan mudah untuk diakses atau ditemui. Boleh je google jadual perjalanan dan kos tiket untuk setiap jenis pengangkutan. Zaman sekarang ni semuanya dihujung jari. Kalau kak yun lebih gemar listkan semuanya didalam sebuah buku nota dan listkan juga dalam phone atau whatsApp group sekiranya travel secara berkumpulan. 

Sekiranya, di sesuatu kawasan itu tiada kemudahan grab atau uber dan hanya ada teksi. Pastikan teksi tersebut mempunyai meter. Bukan apa, kebanyakkan teksi ni tidak kira lah dinegara kita atau diluar mereka ada yang suka mengambil kesempatan ke atas pelancong terutamanya. Sebagi contoh, di Malaysia ada teksi-teksi haram yang tidak berdaftar yang menunggu disekitar KLIA dan mengenakan bayaran yang berganda lebih mahal berbanding teksi yang berdaftar atau bermeter. 

Pengalaman kak yun melancong ke Indonesia, kami lebih memilih menaiki bus, train dan kapal terbang sahaja atau memilih untuk menyewa kereta sendiri. Ini lebih selamat tetapi harus berjaga-jaga juga walaupun ramai orang kerana penyeluk saku atau pickpockets ada dimana-mana sahaja. Sentiasa awas dengan beg dan wallet anda. 

3. Tujuan anda Travel ke Desitinasi Pilihan

Sila tentukan apa yang anda minat untuk mengetahui kepuasan semasa anda melancong ke sesuatu destinasi dan tempat. Apakah anda seorang penggemar sejarah? Anda ingin mencari tempat dan explore tempat-tempat bersejarah dan mengkaji lebih mendalam kawasan di situ. 

Adakah anda seorang food hunting yang memang sangat suka explore makanan baru dan ingin fokus pada makanan tempatan di sesuatu kawasan sepanjang travel?
Adakah anda seorang yang sukakan nature (alam semulajadi)? Anda suka hiking atau mengembara melawati keindahan alam semula jadi di destinasi pelancongan seperti mendaki bukit/guning, mandi-manda pantai yang paling cantik disitu atau melihat keunikan haiwan yang terdapat di situ. 

Adakah anda seorang kaki shopping? Suka meliha mall atau pusat bandaraya yang mempunyai tempat membeli belah yang menarik. Suka mengumpul cenderamata yang unik disesuatu tempat. 

Atau anda seorang yang just follow the flow atau semua di atas hehe

Bila anda tahu apa yang anda mahukan ketika travel nanti lebih mudah untuk anda membuat pencarian tempat-tempat yang anda ingin lawati. Pencarian lebih jelas dan kata kunci pun lebih mudah untuk dicari. 

4. Penginapan

Penginapan ini mengikut bajet dan berapa jumlah orang yang turut serta dalam travel anda. Jika hanya seorang atau tidak lebih 4 orang, boleh memilih untuk menginap di hotel atau bajet hotel. Jika dalam kumpulan yang agak ramai boleh pilih chalet atau homestay. Sekarang ni ada terbaru iaitu Airnb yang menyediakan rumah, apartment atau bilik mengikut keperluan dan bajet anda. 

Pelbagai lagi platform dan website yang menyediakan kemudahan untuk booking penginapan dan perbandingan harga mengikut bajet anda. Website seperti Klook.com, booking.com, traveloka, agoda dan pelbagai lagi. Website seperti ini juga ada menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan tiket ke tempat-tempat yang menarik dengan harga yang lebih murah dan mudah tanpa perlu anda beratur panjang membeli tiket. 

Pastikan penginapan kita berdekatan dengan kemudahan seperti kedai runcit, restoran, pasar dan sebagainya.  

5. Tukaran Mata Wang
Kalau boleh tukar siap-siap mata wang sebelum tiba ke lapangan terbang untuk berlepas mengikut bajet yang kita dah buat tadi. Stanby juga duit untuk emergency sekali. Bukan apa, sekiranya kita tukar mata wang di lapangan terbang negara kita atau negara orang, currency akan lebih mahal dan untuk mengelakkan ditipu oleh pengurup wang. Yelah bila kita terdesak dan kelam kabut nanti orang akan mudah mengambil kesempatan ke atas kita. Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku tukar lah mata wang lebih awal mengikut bajet yang kita dah buat tadi. 

6. Pakaian 
Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak dan jarang digunakan. Pilih tema pilihan pakaian yang sesuai dengan pelbagai jenis situasi mengikut destinasi yang dirancang. Anda boleh sentiasa membasuh pakaian yang dibawa dan ulang memakainya ketika melancong. Pilih seluar dan baju yang boleh di'matching' dengan semua. Sebagai contoh seluar track, jeans atau skirt hitam yang boleh digayakan dalam pelbagai jenis keadaan. 


Tambahan lain seperti kos perbelanjaan makanan, pakaian dan lain-lain boleh di ubahsuai mengikut keperluan nanti. Bagi kak yun travel diy atau secara backpackers lebih menjimatkan jika anda pandai uruskan dan pandai bajet. Anda boleh aturkan berapa banyak destinasi yang ingin kunjungi dan tak terikat dengan masa serta jadual yang pax. Tapi tulah kena rajin survey dan buat research sendiri tapi ia berbaloi untuk anda nikmati kemudian. 

Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Semoga tips kak yun dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian Shaklee boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI