DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA


Antara amalan yang baik bagi kita sebagai wanita yang boleh diamalkan setiap hari adalah dengan berdoa. Entri kali ini kak yun nak shared beberapa DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA.

Doa adalah antara amalan yang penting selain solat dan puasa kerana ia dapat melindungi diri dari gangguan syaitan dan membantu kita mempunyai keperibadian yang lebih baik. 

Menjadi wanita yang baik, muslimah solehah itu indah, memudahkan kita untuk dijemput masuk ke syurga. Asalkan buat apa sahaja yang Allah suruh dan meninggalkan laranganNya. Berterusan bertaubat dan berniat baik InshaAllah dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. 

Allah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 13, "Barang siapa yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Dia akan dimasukkan kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang aggung."

Perintah Allah telah disebutkan didalam Al-Quran, Allah telah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْٓ اَسْتَجِبْ لَكُمْ ۗاِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ ࣖ ٦٠

Maksudnya: Allah berfirman, berdoalah kepada-KU nescaya akan AKU perkenankan bagimu (apa yang kamu harapkan). Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu beribadah kepada-KU akan masuk neraka jahanam dalam keadaaan hina. (Surah al-Ghafir: ayat 60)

Antara 5 doa yang boleh diamalkan oleh para wanita sebagai doa-doa amalan harian:

1. Mohon Rumah dan Rezekinya Barokah

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يَنْفَعُنِي حُبُّهُ عِنْدَكَ اللَّهُمَّ مَا رَزَقْتَنِي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ قُوَّةً لِي فِيمَا تُحِبُّ اللَّهُمَّ وَمَا زَوَيْتَ عَنِّي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ فَرَاغًا لِي فِيمَا تُحِبُّ

Maksudnya:
Ya Allah, rizkikanlah kepadaku kecintaanMu, dan kecintaan orang yang memberiku manfaat kecintaannya di sisiMu. Ya Allah, apa yang Engkau rizkikan kepadaku diantara yang aku cintai maka jadikanlah kekuatan untukku melakukan apa yang Engkau cintai. Ya Allah, dan apa yang Engkau jauhkan dariku diantara apa yang aku cintai maka jadikahlah kesempatan bagiku untuk melakukan apa yang Engkau cintai. 
Sumber: H.R. Tirmidzi 3491
حسن صحيح - ضعيف (الألباني)

2. Berlindung dari fitnah

رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ سُوءِ الْفِتَنِ

Maksudnya:
Kami redha Allah sebagai rabb (tuhan kami), Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai utusan, kami berlindung kepada Allah dari keburukan fitnah.
Sumber: H.R. Bukhori 7089

3. Pengampunan dosa

۔... رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya:
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksaan api neraka
Sumber: surah Ali Imron 16

4. Memberi petunjuk dan hidayah

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ (٨) رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ (٩)۔

Maksudnya:

(Ayat 8) Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami terpesong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi.
(Ayat 9) Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

Sumber: surah Ali Imron 8-9

5. Doa perlindungan

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya:
Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang membahayakan di bumi maupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

Cara Membaca:
Pagi 3X dan petang 3X
Keutamaan:
Tidak akan diganggu oleh sesuatupun
Sumber: H.R. Tirmidzi 3388


        Sabda Rasulullah SAW apabila seseorang wanita (isteri) melakukan solat lima waktu, puasa ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia akan dijemput di akhirat supaya masuk syurga memgikut mana-mana pintu yang dia suka (hadis riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, dan Thabrani)

Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan baik dan memperbaiki diri menjadi yang lebih baik setiap hari. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 
_____________________________________________


Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE 

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)
Untuk order shaklee boleh klik link di bawah ini👇

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI