APA ITU VIVIX SHAKLEE: MANFAAT, KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN VIVIX


Sebelum ni kak yun ada shared tentang tentang ResV. ResV dan Vivix antara produk premium Shaklee disebabkan ingredients yang premium yang tak boleh dijumpai dimana-mana brand. Ingredients yang terdapat didalam ResV dan Vivix telah dipatenkan bermaksud setiap ingredients yang terdapat dalam 2 produk ini tidak boleh ditiru oleh mana-mana brand atau syarikat lain. Wahh premium kan dua produk ini. 

Boleh baca disini: ResV Shaklee 

Vivix Shaklee ni apa?

Vivix ni adalah supplement dan bukan ubat ya, takut ada yang salah faham nanti. Ia bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Antara kandungan Vivix adalah

1. Anggur Muscadine
Mengandungi ciri antioksidan yang sangat hebat dan tinggi dengan asid elagik ellagetannin, polifenol yang dikenali ramai.

2. Elderberi Eropah
Mengandungi polifenol aktif seperti yang antosianin menawarkan ciri antioksidan anti-keradangan dan anti-virus. 

3. Lobak Ungu
Mengandungi polifenol aktif seperti antisionin dan lutein dengan ciri antioksidan yang hebat.

4. Knotweed Jepun
Mengandungi polifenol utama dipanggil resvetrol. 

5. Chebulic Myrobalan
Juga dikenali sebagai 'Raja Ayurveda'. Ia menawarkan manfaat teraputik luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid gallik dan asid ellagik. 

6. Buah Delima
Sarat dengan nutrient penting termasuk ellagitanin, asid ellagik dan flavonoid. 

7. Anggur Hitam
Kaya nutrient dan sarat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.

8. Pomas Anggur dan Anggur Merah
Tinggi kandungan polifenol seperti proanthocyanidin yang menawarkan ciri antioksidan. 

Kebanyakkan kandungan dari vivix ni ada menyebut tentang polifenol. Jadi apakah itu polifenol?

Polifenol secara asasnya merupakan pigment yang memberi warna dan perlindungan antioksidan kepada buah dan sayur. Kandungan polifenol lebih banyak pada kulit buah. Sebagai contoh, untuk buah delima digunakan dalam Vivix, Shaklee estrak polifenol daripada kulit buah delima kerana disitu ia terletaknya khasiat yang tinggi. Logiknya individu tidak mampu untuk makan kulit buah delima. Oleh sebab itu, ambillah Vivix bagi memberikan kesihatan yang lebih baik untuk diri anda. 

Apa itu Resveratrol?

Ia merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan dan buah-buahan. Resveratrol mengandungi antioksidan yang berpontensi memperbaiki kesihatan. Ujian makmal juga menunjukkan resveratrol boleh melawan penuaan sel. 

Setiap hidangan vivix mengandungi 100mg resveratol. Estrak resveratrol ini mengandungi 98% resveratrol semulajadi. Khasiat vivix ditambah dengan anggur muscadine, satu-satunya anggur dengan kromosome extra.

Manfaat, Khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee

1. Menyokong kesihatan mata.
2. Menyokong kesihatan minda.
3. Meningkatkan sistem imun badan.
4. Menyokong kesihatan sendi.
5. Menyokong kesihatan jantung.
6. Melambatkan proses penuaan.
7. Bantu meningkatkan tenaga dalam badan.
8. Bantu kawal gula dalam darah.
9. Bantu lindungi sel badan.
10. Bantu kawal berat badan.

Keistimewaan Vivix

Berbeza dengan ResV yang mempunyai 6 paten, Vivix pula mempunyai 5 paten. Shaklee telah mempatentkan hak ke atas 4 tumbuhan yang hebat tanpa pengawet. Shaklee juga mempatentkan 'Cold Filling Extraction' proses exlusif untuk Vivix. 

Vivix mengandungi resveratrol dimana ia telah dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard. Selain itu, Vivix juga merupakan gabungan resveratrol dan 16 jenis polifenol. 

Kelebihan mengamalkan Vivix

1. Bertindak sebagai anti-radang
Bantu kurangkan masalah keradangan. Membantu mengurangkan risiko penyakit kanser menjadi lebih serius. 

2. Membaiki dan melindungi sel badan
Vivix membantu memperlahankan kadar kerosakan sel-sel badan akibat radikal bebas. Sel-sel dalam badan juga dapat dilindungi oleh resveratrol dan polifenol daripada mengalami kerosakan. 

3. Membantu mengawal paras gula dalam darah
Karbohidrat yang diambil apabila dicerna akan menghasilkan gula yang bertindak sebagai sumber tenaga untuk badan. Namun, sekiranya pengambilan karbohidrat dan gula adalah dalam kuantiti yang banyak, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat. Vivix mengandungi kandungan polifenol yang tinggi yang bantu melambatkan proses pencernaan karbohidrat dalam badan sekaligus mengurangkan risiko peningkatan paras gula dalam darah.

4. Menyokong kesihatan jantung dan membantu masalah penyakit strok
Vivix mengandungi resveratrol yang tinggi yang bertindak membantu mengurangkan potensi mendapat penyakit jantung dan darah tinggi. Resveratrol dapat membantu menurunkan jumlah kolestrol LDL, lemak dan trigliserida didalam badan serta membantu meningkatkan kolestrol HDL dalam darah. Resveratrol juga membantu menurunkan kepekatan darah sekaligus membantu mengurankan risiko terjadinya pembekuan darah. Resveratrol melindungi salur darah daripada proses pengoksidaan yang membantu mengurangkan pembentukan plak. 

5. Melambatkan proses penuaan
Ramuan Vivix yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi bantu melambatkan  penghasilan AGE. 

AGE terhasil akibat lebihan gula dan protein. AGE sangat bahaya sebab ia mampu merosakkan sistem tubuh badan manusia. AGE juga antara faktor utama kepada masalah penyakit kronik. AGE ialah Advanced Glycation End Product.

Testimoni Vivix 

Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE 


Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:





Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI