PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN MUDAH


Jeragat dan jerawat adalah 2 perkara yang berbeza. Bunyinya macam sama tapi lain ya. Kadang-kadang kak yun pun confused mana satu jeragat dan jerawat. 

Entri kali ini kak yun nak shared tentang masalah jeragat dan PETUA HILANGKAN JERAGAT. Tentang jerawat kak yun rasa dah ramai sangat orang terangkan. 

Apa perbezaan antara jeragat dan jerawat
Untuk pengetahuan anda semua, jerawat adalah masalah kulit berkenaan liang pori manakala jeragat pula lebih berkaitan dengan pigmentasiJeragat atau open comedo merupakan masalah kulit kronik di mana wujud tompok-tompok kecil pada wajah terutama kawasan dahi, pipi, hidung, mulut atau boleh terjadi di tempat yang lain.

Dalam terms dermatology pula, jeragat dipanggil sebagai hyperpigmentation. Ia berlaku apabila kulit kita menghasilkan Melanin secara berlebihan. Apabila kulit kita tak boleh nak neutralise (cerna) kan melanin ini, makan ia akan berkumpul dan terhasil lah tompok-tompok gelap di sekitar kulit muka kita. Bahagian favorite jeragat ni biasanya di sekitar pipi dan hidung. 

Tompok-tompok melanin ialah defense mechanism untuk melindungi kulit dari radiasi UV. Radiasi ni bahaya ya sebab boleh menebusi lapisan-lapisan kulit muka kita sehingga merosakkan sel-sel kulit. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan kulit kita melalui proses penuaan yang lebih cepat. Sebab itu, ada kajian dibuat mendapati bahawa sinaran UV boleh membuatkan kita kelihatan 5-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Korang jangan ingat duduk di rumah atau bekerja di dalam bangunan yang tidak terdedah dengan cahaya matahari ni terselamat dari sinaran UV ni, tetap sama kita juga masih terdedah dengan sinaran UV ni walaupun duduk di dalam bangunan yang bertutup. Sebab itu, pentingnya pemakaian sunscreen setiap hari. 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan jeragat ini terjadi. Antara punca utama ialah terdedah pada sinaran UV dari cahaya matahari tanpa memakai perlindungan atau sunscreen. Beberapa jenis jeragat yang biasanya terjadi ke atas golongan wanita terutamanya. Antaranya ialah:

1. Melasma
Melasma ni kebiasaanya kita dapat lihat pada kulit orang-orang yang berusia terutamanya 60 tahun ke atas. Tompok-tompok coklat besar di tepi pipi inilah dipanggil sebagai melasma. Punca utama melasma ini terjadi ada disebabkan oleh hormone yang tidak stabil ketika mengandung. Bila hormone ni tak stabil, ia akan merangsang penghasilan melanin yang berlebihan. Lagi-lagi lah bila tak pakai sunscreen lagi mudah untuk ia terjadi. Antara jeragat yang paling susah untuk dirawat ialah melasma. Ia ambil masa yang agak lama untuk pudar dan belum lagi ada skincare formula yang boleh hilangkan masalah jeragat melasma ini. Kalau ada yang overclaim tu, hati-hati ya pastikan ia berdaftar dengan KKM dan mengandungi bahan-bahan yang selamat untuk kulit dan kesihatan. 

2. Freckles
Freckles ni biasanya kita dapat lihat pada kulit-kulit orang putih atau mat salleh yang kulit mereka lebih cerah berbanding orang Asia. Ini kerana kulit mereka tidak menghasilkan melanin yang banyak seperti orang Asia. Apabila terdedah pada sinaran UV dari panas terik matahari, kulit mereka akan menghasilkan freckles iaitu tompok-tompok kecil berwarna coklat di sekitar bawah mata, hidung dan pipi. 

Freckles ini lebih kepada genetik. Ia boleh terjadi seawal usia kanak-kanak tanpa mengira jantina. Freckles ini boleh jadi lebih teruk ya dimana warna ia akan menjadi lebih dan merebak ke seluruh kawasan yang terdedah pada sinaran UV yang tidak dilindungi dengan sunscreen. 

3. Sun-spot
Sun-spot ni seakan-akan melasma tetapi berbeza sedikit. Ia tompok-tompok gelap atau coklat yang sizenya tidak sekata. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ia terhasil akibat kerosakan yang terkumpul dari exposured terhadap sinaran matahari sepanjang tahun. Sun-spot ni masih mudah untuk dirawat tetapi bergantung pada berapa banyak dan berapa dalam ia pada lapisan kulit. 

Boleh ke jeragat ini dirawat?
Ya boleh! Tapi masalah jeragat ini mengambil masa yang agak lama untuk pudar berbanding jerawat. Jika jerawat, kita jaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat dapat membantu mengurangkan masalah. Tetapi berbeza dengan jeragat yang belum ada kajian yang penjagaan pemakanan dan gaya hidup dapat mengurangkan serta menghilangkan masalah jeragat ini. 

Disini kak yun nak shared beberapa kaedah dan petua yang boleh dilakukan untuk menghilangkan hyperpigmentasi atau masalah jeragat ini. 

Kaedah moden untuk hilangkan jeragat

1. Sunscreen atau Sunblok
Tak boleh missed ya pemakaian sunscreen atau sunblok ni. Lagi-lagi yang dah ada masalah jeragat ini untuk mengelakkan dari jadi lebih teruk. 

Kenapa wajib pakai sunscreen ni?
Sebab 90% masalah jeragat ini berpunca daripada terdedah dengan sinaran UV. 
Pastikan sunscreen atau sunblok anda ada UVA dan UVB protection serta SPF30 keatas. Kak yun pakai Youth Sunscreen ni sebab spf50 dan siap ada UVA serta UVB protection. Anak-anak kecil pun boleh pakai sebab ingredients nya natural dan organic selamat untuk semua peringkat umur termasuklah ibu mengandung. Pastikan sunscreen korang bebas bahan kimia berbahaya.

Produk sunscreen atau sunblok ni pun ada pelbagai jenis, so pastikan korang kena bijak untuk tahu mana yang betul-betul sesuai dengan keperluan kulit. Tak semua sunscreen ni selamat dan sesuai. 

3 faktor sebelum beli sunscreen/sunblok:
✅ Jenis sunscreen
✅ The right dose/amount
✅ Reapplication time yang betul

2. Rawatan Laser
Rawatan laser ni agak mahal dan perlukan lebih dari 2 sesi. Orang putih kata Beauty is pain. Sahabat kak yun pernah melakukan rawatan laser ini dan ia agak costly serta sedikit pedih sebab ketika rawatan, haba dari laser tu yang membuatkan kulit kita rasa pedih. Ia perlukan 2-3 sesi atau lebih bergantung pada keadaan pigmentasi kulit kita. 

Petua DIY untuk hilangkan masalah jeragat secara tradisional.

1. Serbuk kunyit
Kunyit ni memang sinonim dengan kecantikkan kulit. Kalau orang jawa mereka ada buat air jamu dari kunyit khas untuk wanita untuk menjaga kecantikkan kulit. Kunyit mengandungi curcumin yang boleh mengurangkan penghasilan melamin yang berlebihan yang menyebabkan terjadinya jeragat. 

Cara-caranya:
Campurkan 1 serbuk sudu teh kunyit bersama jus lemon. Kacau sehingga menjadi sebatian yang pekat. Sapukan pada bahagian yang berkenaan. Kemudian, tunggu sehingga kering dan bilas dengan air biasa. 

2. Jus Lemon
Kak yun jumpa pelbagai resepi tentang jus lemon ni yang bagus untuk pudarkan masalah jeragat. Jus lemon ni mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif melawan masalah pigmentasi pada kulit. Bukan sahaja dapat memudarkan parut, malah dapat mencerahkan kulit wajah.

Cara-caranya:
2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan ke atas kawasan berjeragat. Biarkan selama 8-10 minit dan bilas dengan air biasa. Lakukan 2 kali sehari untuk kesan yang efektif.

3. Serbuk Oat
Biasa dengar serbuk oat ni boleh dijadikan masker je kan. Tapi ia juga boleh dijadikan sebagai scrub. Serbuk oat ni boleh membantu menyerap lebihan minyak pada kulit muka dan membantu menghilangkan jerawat. Oat bersifat antiradang dan antioksidan yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

Cara-caranya:
Campurkan sesudu serbuk oat bersama yougart, madu dan jus lemon. Kemudian sapu dan skrub secara perlahan-lahan di bahagian yang berjeragat. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang efektif.

Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada yang sudi membaca. 

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE 

Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:


Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA