KEPERLUAN IBU MENGANDUNG


Anda hamil...tahniah!!!

Untuk yang baru pertama kali mengandung, kak yun nak shared beberapa tips persediaan KEPERLUAN IBU MENGANDUNG

1. Pregnancy Test
Soalan yang kebiasaannya dan wajib doktor atau nurse di klinik nanti akan tanya ialah bilakah hari pertama terakhir period anda? Sebelum berjumpa doktor, buat pengesahan kendiri dengan mengunakan pregnancy test yang anda boleh dapati di farmasi berdekatan. 

2. Pengesahan Doktor

Setelah mendapat keputusan positif segera lah berjumpa dengan doktor. Sebelum itu, kak yun sarankan untuk download Apps pregnancy tracker untuk tahu berapa usia kandungan anda. Untuk berjumpa dengan doktor disarankan pada usia 2 minggu ke atas untuk memudahkan doktor untuk mengesan kandungan dengan lebih mudah. 

Sebelum membuat temujanji buka buku pink di kilinik kesihatan, disarankan untuk membuat scan pengesahan kehamilan di klinik swasta yang berhampiran bagi memudahkan proses membuka buku pink nanti. Jika tiada scan pengesahan kehamilan, anda akan mengambil masa yang agak lama dan memerlukan temujanji yang kerap di klinik kesihatan. 

3. Buka Buku Pink

Untuk buku pink ni bergantung kepada si ibu samada nak bukanya di kinik kesihatan/desa atau klinik swasta. Bagi kak yun di klinik kesihatan/desa lebih detail dan percuma bagi warganegara. Sebelum itu anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh untuk membuka buku pink ini. Bagaimana nak membuat temujanji ni? Boleh pergi ke klinik kesihatan berhampiran dan dapatkan nombor telefon atau boleh je google, bila dah dapat boleh call klinik kesihatan berhampiran. Soalan yang mereka akan tanya ialah alamat tempat tinggal dan berapa usia kandungan. Tapi kalau dah call banyak kali tak angkat juga, boleh je walkin ke KK atau KD tersebut untuk dapatkan tarikh temujanji. 

Buka buku pink disarankan ketika usia kandungan 4-12 minggu. Jangan terlalu lewat kerana ia akan dikira sebagai late booking. Cuba elakkan lambat terutamanya bagi wanita yang pertama kali hamil. 

Dokumen yang perlu di bawa ketika membuat buku pink ni ialah:

✅Salinan sijil nikah
✅Salinan IC suami
✅Salinan IC isteri
✅Bil eletrik (ada klinik yang minta untuk pengesahan alamat rumah)
✅Surat rujukan doktor atau gambar scan antenatal dari doktor. 
✅Buku pink lama (sekiranya pernah mengandung sebelumnya)

Terdapat beberapa procedure umum yang dilakukan setiap kali temujanji di klinik. Antaranya termasuklah:
➡️ Ukur tinggi (bagi temujanji pertama kali) dan berat.
➡️ Tarikh dijangka bersalin (EDD)
➡️ Ujian air kencing
➡️ Bacaan tekanan darah si ibu

Kebiasaanya selepas buka buku pink, nurse akan bagi tarikh seminggu atau 2 minggu selepas temujanji untuk ambil darah dan test HIV di KK. 

5. Asid Folik untuk ibu mengandung

Apa itu asid folik
Asid folik adalah versi sintetik folat Vitamin B (khususnya Vitamin B9) yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang tertentu. Asid folik juga terdapat dalam vitamin dan juga makanan seperti roti, pasta dan bijirin.

Nutrient ini membantu tubuh memecah, menggunakan dan membuat protein baru serta blok bangunan sel tubuh. Ia juga berperanan dalam penciptaan DNA dan pembentukan sel darah merah. 

Kepentingan asid folik ketika hamil?
Asid folik ni penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain didalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. 

Pengambilan asid folik 3 bulan sebelum dan ketika hamil dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kogenital utama otak atau tulang belakang. Kecacatan lain termasuk kecacatan tiub neural, seperti spinal bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tanpa kepala). 

Wanita yang sedang hamil atau merancang kehamilan harus mengambil asid folik sebanyak 400 mg setiap hari. Sebaiknya, asid folik diambil 3 bulan sebelum kehamilan sehingga 3 bulan pertama kehamilan. 

Manfaat asid folik
Keguguran: penyelidikan mendapati bahawa sebahagian wanita mengalami masalah ketika hamil kerana kekurangan asid folik. 

kecacatan tiub saraf: sejenis kerosakan otak dan jarang berlaku yang menyebabkan tsiu otak memanjang ke saluran tulang belakang. 

kelahiran pra-matang: diet yang kaya dengan asid folik dapat membantu mencegah kelahiran sebelum 37 minggu. 

Bibir dan lelangit sumbing: asid folik dapat membantu mencegah kecacatan pada mulut atau sumbing.

Masalah jantung: ini termasuklah masalah lubang di dinding jantung, injap terlalu sempit, atau saluran darah yang tidak betul terbentuk pada bayi. 

6. Elakkan atau kurangkan pengambilan kafein

Kafein dicerna lebih perlahan dan akan melalui placenta ke aliran bayi anda. Pengambilan kafein (kopi, teh, dan minuman coklat) boleh menyebabkan kadar degupan jantung bayi meningkat, tekanan darah yang tinggi serta rangsangan terhadap sistem saraf yang akan menganggu anda dan bayi 

7. Minum air secukupnya
Ibu hamil memerlukan air yang secukupnya kerana ia akan membentuk air ketuban untuk mengelilingi dan melindungi bayi. Kerap minum air kosong selalu kerana ibu hamil juga kerap membuang air yang menyebabkan ibu hamil mudah dehidrasi. 

8. Jaga kesihatan mental

Emosi ibu hamil ni lebih mudah sensitif atau dalam bahasa kasarnya, mudah sentap. Cuba belajar untuk kawal emosi dan amalkan zikir-zikir serta doa-doa yang bagus diamalkan ketika hamil. 


Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Harap dapat membantu dan memberi manfaat terutamanya para ibu yang pertama kali hamil. 
_____________________________________________


Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE 


Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)
Untuk order shaklee boleh klik link di bawah ini👇

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

HARI RAYA OPEN HOUSE ACARA PALING SERONOK

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI