SET MENGANDUNG SHAKLEE: VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG
Untuk ibu baru yang pertama kali hamil, kebanyakkan kurang pasti vitamin apa yang diperlukan ketika hamil. Terdapat 3 peringkat kehamilan dan setiap peringkat memerlukan nutrisi yang berbeza mengikut perkembangan kandungan. 3 peringkat kehamilan iaitu trimester pertama, kedua dan ketiga.
Tiga Peringkat Kehamilan
Trimester pertama diukur dari hari pertama hingga 12 minggu kehamilan. Trimester kedua kira-kira dari minggu ke-13 hingga 27. Seterusnya trimester ketiga dari minggu ke-28 sehingga kelahiran.
Perkembangan Janin Ketika Trimester Pertama, Kedua dan Ketiga
Trimester Pertama:
Perkembangan bayi tertumpu kepada penghasilan organ penting untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Anggota tangan dan kaki sudah mula terbentuk. Jantung sudah mula berfungsi walaupun masih lemah dan organ penting lain seperti mata, telinga dan mulut mula terhasil. Pada minggu ke-12, tulang rawan akan mula menjadi tulang keras.
Trimester Kedua:
Pada usia minggu ke-13 hingga 17, janin mula menjalani rutin tidur seperti manusia biasa. Rambut-rambut halus muka keluar dan si bayi sudah boleh bergerak bahkan menendang perut si ibu. Pada usia 23 hingga 26 minggu, organ paru-paru mula berkembang dan pankreas mula bekerja.
Trimester Ketiga:
Ketika ini semua organ sudah tercipta. Maka bermula lah proses pramatang organ dan semua organ sudah mula berfungsi. Para ibu perlu lebih berhati-hati ketika trimester ketiga ini kerana komplikasi yang berlaku boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pramatang. Ruang di dalam rahim sudah mula menyempit. Bayi dalam proses latihan pergerakan, refleks dan penafasan sebagai persediaan untuk hidup di luar rahim nanti. Usia kandungan mencecah minggu ke-37 dan ke-atas, sangat hampir dengan proses kelahiran
Ibu mengandung perlu ada kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan diri semasa hamil. Elakkan beberapa faktor yang boleh menyebabkan komplikasi yang mendorong kepada kelahiran pramatang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok, minuman beralkohol.
Selain itu, VITAMIN IBU MENGANDUNG penting untuk menjaga kesihatan bayi dan kandungan. Seorang wanita hamil pasti akan mempunyai kebimbangan bagi memastikan diri dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat sepanjang tempoh kehamilan. Pemakanan yang baik bersama vitamin untuk ibu hamil dapat memastikan kandungan mendapat nutrien diperlukan untuk proses tumbersaran yang baik.
Plan pemakanan yang seimbang perlu mengandungi:
✅ Protein
✅ Lemak sihat
✅ Karbohidrat
✅ Vitamin dan mineral
✅ Serat
Pola pemakanan ketika hamil sebenarnya tidak lah jauh beza sangat dengan pemakanan harian biasa yang umumnya. Cuma, wanita yang hamil memerlukan jumlah yang lebih banyak untuk mencukupi nutrisi serta keperluan tambahan bayi dalam kandungan. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan sihat, kepeluan ibu dan bayi boleh dipenuhi dengan vitamin hamil atau vitamin prenatal.
Vitamin untuk ibu hamil
Vitamin ibu hamil atau vitamin prenatal ni adalah makanan tambahan yang membantu membekalkan tubuh mereka dengan vitamin dan mineral yang diperlukan ketika hamil bagi memastikan si ibu dan kandungan sihat.
Ibu hamil disarankan untuk ambil beberapa jenis vitamin ini:
1. Asid folik
Ia dapat mencegah kecacatan pada kandungan yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi.
Kecacatan boleh berlaku ketika awal kehamilan. Sebab itu disarankan untuk ibu hamil mengambil asid folik 3 bulan sebelum kehamilan sehingga 3 bulan pertama kehamilan sekurang-kurangnya. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dan apabila sedar yang telah hamil cepat-cepat lah dapatkan asid folik di farmasi terdekat atau dapatkan asid folik Shaklee dengan kak yun [dapatkan disini]
2. Zat Besi
Ia membantu tubuh badan ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah di mana sel darah merah ni sangat penting untuk membekalkan nutrisi, makanan dan mineral kepada bayi melalui placenta. Selain itu, sel darah merah juga berfungsi untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada kandungan.
Boleh baca disini: MULTIVITAMIN PERTAMA DIDUNIA YANG MENGANDUNGI IRON
3. Kalsium
Sangat penting untuk ibu hamil bagi memperoleh tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, fungsi kalsium juga membantu perkembangan dan fungsi jantung, otot dan sistem pembekuan darah.
4. Protein
Mendapatkan protein yang mencukupi ketika hamil sangat penting kerana perkembangan dan tumbersaran bayi memerlukan sumber protein setiap hari. Pengalaman 2 kali mengandung, kak yun amalkan protein Esp Shaklee. Salah satu sebab ialah ia diperbuat daripada NON GMO SOY dan tiada paraben serta bebas 2500 bahan kimia berbahaya. Selain itu, protein esp ni sangat sesuai untuk ibu hamil yang ada masalah GDM sebab Esp ni tiada gula tambahan. Kak yun suka minum Esp Protein ni sebab ia buatkan kulit ibu dan bayi yang akan keluar nanti cantik dan cerah disamping membuatkan ibu hamil kekal bertenaga sepanjang hari lagi-lagi ketika bulan Ramadhan.
5. Vitamin C
Vitamin C ni sangat penting untuk penyerapan Iron yang lebih cepat. Sebab tu kalau perasan setiap kali checkup di KK, nurse akan cadangkan untuk makan asid folik bersama jus buah. Cara kak yun, amalkan vitamin C 15 minit sebelum consume asid folik dan jarakkan lebih 5 jam daripada minum susu sebelum atau selepas consume asid folik.
6. Omega-3
Pilih omega-3 yang mengandungi DHA dan EPA yang tinggi serta melalui saringan atau penyulingan merkuri yang lebih dari 2 kali bebas bahan kimia merbahaya. Rasanya ramai yang dah tahu bahawa fungsi omega-3 ni adalah untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan juga si ibu. Kak yun pilih omega guard shaklee sebab dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3, dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum, aresenik, kadmium, dioksins dan lain-lain bahan cemar yang sering mencemari pelbagai spesis ikan. (Cek balik ketulenan minyak ikan anda)
Ia adalah Minyak ikan paling tulen di pasaran. Omega Guard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen. Kualitinya Terjamin.
Mempunyai DHA dan EPA yang tingi dalam satu sajian, ia memberikan 990mg asid lemak Omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA).
Omega Guard Shaklee merupakan satu-satunya produk Omega-3 yang lengkap dengan kesemua 7 asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh badan manusia, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal.
Sekian sahaja entri kak yun kali ini. Harap dapat membantu dan memberi manfaat terutamanya para ibu yang pertama kali hamil.
_____________________________________________
Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182
Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE
Boleh baca disini: Doa-doa yang bagus untuk wanita
Boleh baca disini: Vitamin yang bagus untuk ibu berpantang dan menyusukan
Perlukan bantuan?
Kak Yun (013-2179242)
Untuk order shaklee boleh klik link di bawah ini👇
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam
References:
Comments
Post a Comment