TIPS BISNESS ONLINE


Kak yun rasa sejak PKP bisness online atau berniaga dalam talian menjadi semakin popular. Fenomena ini dilihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Yelah masing-masing tidak dapat keluar dari rumah dan ada yang hilang sumber pendapatan apabila terpaksa menutup kedai dalam tempoh masa yang lama. Untuk menjana pendapatan atau memajukan perniagaan sedia ada, ramai yang memilih untuk menceburi dalam bidang bisness dalam talian ini. Ramai usahawan muda juga yang mula minat untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian. 

Zaman sekarang untuk memulakan bisness online ni lebih mudah. Hanya perlukan telefon bimbit dan internet sudah memadai. Kita nak order makanan, pakaian atau nak order teksi pun boleh melalui dalam talian tanpa perlu keluar rumah dan beratur. Nak buat transaksi pembayaran pun melalui online. Semuanya dihujung jari dan lebih mudah. 

Dalam entri kali ini kak yun nak shared tentang TIPS BISNESS ONLINE tanpa modal. Ini sesuai untuk yang baru nak mulakan bisness online dan yang tidak mempunyai modal yang besar. Tidak semua bisness perlukan modal.

Apa itu Bisness Online?

Bisness online atau Perniagaan Dalam Talian merupakan perniagaan yang operasinya dibuat secara dalam talian. Pendapatan juga dapat dijana melalui dalam talian. Aktiviti perniagaan dalam talian ini termasuklah penjualan, pengiklanan dan pembelian melalui dalam talian. 

Ciri-Ciri Bisness Online Terbaik

➡️ Mudah setting
➡️ Jauh lebih murah
➡️ Tidak perlu ada kedai fizikal
➡️ Waktu perniagaan yang fleksibel
➡️ Jimat masa. Pembeli dan peniaga tidak perlu bertemu. 
➡️ Strategi pemasaran yang lebih mudah dan ekfisen. 
➡️ Tidak perlu pegang stok dan tidak perlu mengeluarkan modal yang membebankan.

Untuk bisness online, stok bukanlah sesuatu yang penting jika anda memulakannya sebagai Dropship atau Affilate. Jadi sesiapa sahaja boleh memulakan bisness walaupun anda hanyalah seorang student atau suri rumah yang tiada pendapatan tetap. 

Cara-Cara Memulakan Bisness Online

1. Produk
Pilih company yang kukuh dan boleh menjamin kestabilan bisness untuk tempoh masa yang panjang. Pastikan produk tersebut boleh diterima oleh target customer dan dijamin selamat. Jangan salah pilih produk kerana ia akan effect periuk nasi kita untuk masa akan datang. Sebagai contoh tersalah pilih produk iaitu produk viral dan tanpa menyelidik kandungan produk yang ingin dijual tanpa sedar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada pengguna. Seterusnya, ramai pengguna yang meminta ganti rugi disebabkan masalah yang mereka hadapi selepas menggunakan produk yang kita jual itu. 
Sebab itu penting untuk kita mengkaji terlebih dahulu latar belakang company dan keberkesanan serta keselamatan produk yang ingin kita jual itu. Pemilihan produk yang tepat akan membantu kita menjana pendapatan untuk tempoh masa yang panjang. Kalau anda tidak mempunyai modal untuk pegang stok, kak yun sarankan pilih lah bisness secara 'Dropship'

Dropship ini tidak memerlukan modal yang tinggi serta tak perlu risiko kan diri untuk pegang stok tetapi boleh menjana pendapatan lebih dari 4 angka jika pandai pilih produk dan kena pada caranya. Dropship ni kita berfungsi sebagai orang tengah yang mengumpul order customer, manakala stok dan pengeposan produk kepada pelanggan diuruskan oleh pihak syarikat/supplier. Dropship ni sangat sesuai juga untuk individu yang nak berbisness tetapi tidak mahu ambil risiko menganggung kerugian sekiranya produk tidak laku dan tamat tempoh atau rosak. 

2. Target Customer
Target customer atau sasaran golongan pembeli produk kita. Apabila kita sudah ada traget produk sudah tentu kita juga mahukan target customer. Untuk apa kita nak menjual kalau tiada pembeli. Kita perlu ada golongan sasaran untuk membuat strategi pemasaran bagi menarik minat para pembeli. 

Sebagai contoh kak yun ingin menjual Vitamin C Shaklee ni, siapa target customer yang kak yun sasarkan. Sudah tentu golongan yang kak yun sasarkan adalah yang terdiri daripada mereka yang ingin menguatkan immune badan, mencantikkan kulit dan pelbagai lagi. Tidak kira tua atau muda dan tidak mengira pendapatan. Mereka yang terdiri dari golongan B40, M40 dan T20 semua boleh membelinya kerana produk Shaklee ini memang sudah terbukti keberkesanannya dan selamat diamalkan. Ini adalah contoh macam mana kak yun mencari target customer. Anda boleh menggunakan tips kak yun ini mencari target customer.

➡️ Umur dan jantina yang sesuai untuk menggunakan produk kita.
➡️ Pendapatan mereka.
➡️ Keperluan atau masalah mereka.
➡️ Platform media sosial yang menjadi pilihan mereka (Instagram, Facebook, Tiktok, Website atau Blog).
➡️ Minat dan hobi

3. Niche
Niche ni apa? Niche ni adalah apa yang kita nak fokuskan dalam market yang lebih spesifik. Sebagai contoh ambil satu dua masalah yang kerap customer kita hadapi untuk kita fokuskan dalam marketing strategi kita. 

4. Masalah Target Customer
Kita menjual produk adalah untuk menyelesaikan masalah golongan sasaran kita. Semua bisness adalah untuk menyelesaikan masalah prospek. Sebagai contoh shopee memudahkan kita membeli barangan yang pelbagai melalui dalam talian bagi menjimatkan masa. Mekanik untuk menyelesaikan masalah pada kenderaan. 

Kak yun shared satu situasi.

Golongan sasaran: Wanita yang bekerjaya yang sangat sibuk dan sudah berkahwin.

Masalah: Ingin memasak dirumah tapi tiada masa untuk ke pasar dan menyediakan bahan-bahan masakan. 

Penyelesaian: Kita hasilkan pes masakkan segera yang boleh disimpan dan tahan lama. Memudahkan wanita-wanita bekerjaya ini untuk menyediakan masakkan dirumah dan jimatkan masa mereka yang sangat berharga. Si isteri dapat memenuhi kehendak suami yang ingin merasakan air tangan masakan isterinya. 

5. Strategi Pemasaran Digital
Jangan tunggu orang nak beli barulah kita kelam kabut nak sediakan platform untuk customer membuat urusan pembelian produk. Nak menjual ni kita kena buat marketing walaupun tak pandai. 

Untuk bisness online, kebiasaanyan 'Digital Marketing' menjadi pilihan. Media sosial yang sering digunakan oleh para peniaga dalam talian termasuklah Facebook, Instagram dan Tiktok yang menjadi pilihan pengguna atau pembeli, dimana kita boleh shared tentang produk-produk yang kita jual. Tak perlu hard-selling dan fokus pada niche yang telah dibuat tadi untuk menarik target customer. 

Kita nak orang tahu tentang produk yang kita jual kena lah rajin promote. Bukan ikut mood ye bila kita rasa nak promote tetapi harus konsisten untuk promote produk yang kita nak jual tu. Janganlah baru buat seminggu dua lepas tu tak masuk sale terus nak putus asa. Nak berbisness ni hati kena kental dan tidak mudah putus asa. Usahawan yang dah berjaya tu bukan ambil masa setahun dua je dah berjaya tetapi makan masa yang panjang dan berliku-liku untuk capai kejayaan. Jika kita selalu shared tentang produk yang kita jual, lama-lama orang akan mula mengambil tahu tentang produk kita dan tertarik untuk membelinya. 

6. Personal branding
Personal branding sangat penting untuk membina kepercayaan golongan sasaran terhadap kita dan supaya orang tahu yang kita ini bukanlah scammer. Bila kita selalu shared tentang sesuatu yang bermanfaat, orang akan mula percaya dengan apa yang kita suggest. 

Kesimpulannya
Mudah sebenarnya untuk kita memulakan bisness online ni. Tidak memerlukan modal yang besar serta stok yang banyak. Sesiapa sahaja boleh memulakannya termasuklah suri rumah dan student. 

Ini sahaja tips yang kak yun dapat shared semoga memberi manfaat kepada para pembaca. Maaf sekiranya ada yang terkurang atau tersalah kata. 

Boleh baca disini: 



____________________________________________

Sebelum tu kalau korang belum daftar keahlian boleh daftar di sini👇
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1229182

Untuk ketahui lebih lanjut tentang TESTIMONI SHAKLEE 

Perlukan bantuan/pertanyaan?
Hubungi Kak Yun (013-2179242)

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleepagoh
#pengedarshakleesungairambai
#pengedarshakleeayerhitam


References:

Comments

Popular posts from this blog

VITAMIN UNTUK WANITA SEDANG BERPANTANG DAN MENYUSUKAN

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI